awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua kampung diminta kenal pasti kerosakan infrastruktur - Ismail

Bernama
Bernama
29/01/2017
09:58 MYT
Ketua kampung diminta kenal pasti kerosakan infrastruktur - Ismail
ISMAIL: Semua ketua kampung diminta mengenal pasti segala kerosakan infrastruktur di kampung masing-masing akibat banjir. - Gambar fail
Semua ketua kampung diminta mengenal pasti segala kerosakan infrastruktur di kampung masing-masing akibat banjir bagi membolehkan bantuan pembaikan dapat disalurkan dengan segera.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesemua maklumat yang dikumpulkan itu perlu diserahkan kepada pejabat daerah bagi memudahkan kementeriannya menyalurkan peruntukan membaiki kerosakan berkenaan.
Selepas banjir pulih, pegawai daerah akan menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak berkaitan sama ada Felcra, Risda atau pihak kementerian, katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan banjir dan pusat pemindahan sementara di sekitar daerah ini, di sini, hari ini.
Selain itu, tanpa menyatakan jumlah kerugian, beliau berkata nasib peserta Felcra dan Risda yang turut terjejas akibat banjir akan diberi bantuan bagi meringankan beban mereka.
Dalam pada itu, Ismail Sabri, yang juga Anggota Parlimen Bera, berharap Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) di daerah ini tidak ditutup walaupun kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bagi memudahkan penyaluran aduan kerosakan pasca banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
#FELCRA
#PKOB
#risda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan