awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Kesatuan Ulama Sedunia rujukan antarabangsa dalam Maqasid Syariah - Mujahid

Bernama
Bernama
06/01/2020
20:55 MYT
Ketua Kesatuan Ulama Sedunia rujukan antarabangsa dalam Maqasid Syariah - Mujahid
Mujahid berkata selain pemikiran yang jelas tentang kehidupan hari ini, ulama dari Maghribi itu layak dipilih berdasarkan banyak buku yang dihasilkannya menjurus kepada soal Maqasid Syariah. - Gambar fail
Malaysia sedia menjadikan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) Prof Sheikh Dr Ahmad al-Raysuni sebagai rujukan antarabangsa dalam melaksanakan pentadbiran berteraskan Maqasid Syariah di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata selain pemikiran yang jelas tentang kehidupan hari ini, ulama dari Maghribi itu layak dipilih berdasarkan banyak buku yang dihasilkannya menjurus kepada soal Maqasid Syariah.
"Atas faktor itu, saya rasa agensi pentadbiran Islam perlu mengambil peluang mendengar pandangan serta pendapat beliau secara akademik mengenai Maqasid Syariah.
"Saya ucap terima kasih kepada UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) kerana baru-baru ini melantik beliau sebagai Profesor Pelawat, bermakna setahun sekali beliau akan datang ke Malaysia, membolehkan kita menjadikannya rujukan antarabangsa dalam melaksanakan konsep Maqasid Syariah dalam pentadbiran hari ini," katanya di sini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program diskusi Maqasid Syariah Bersama Ketua Kesatuan Ulama Dunia Prof Sheikh Dr Ahmad al-Raysuni anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) malam tadi.
Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar.
Mujahid berkata pemikiran Maqasid Syariah yang dibawa tokoh itu juga selari dengan gagasan Rahmatan Lil Alamin yang diangkat sebagai dasar dalam pentadbiran kerajaan ketika ini.
Beliau berkata ulama itu juga menekankan kepada pentingnya mengutamakan kemaslahatan masyarakat dalam melaksanakan sesuatu pentadbiran atau undang-undang dan perkara itu adalah seiring dengan apa yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.
Mujahid berkata dalam konteks undang-undang Islam, tokoh itu juga menekankan tentang kepentingan meletakkan kemaslahatan dan maqasid lebih tinggi dari sekadar hukum fikah dalam langkah atau keputusan yang diambil.
Ini satu yang sangat penting dalam kerangka kita menjadikan Mahkamah Syariah lebih berwibawa dalam menggunakan maqasid sebagai landasan berfikir dan kaedah menghukum, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad al-Raysuni
#Kesatuan Ulama Islam Sedunia
#KUIS
#mahkamah syariah
#Maqasid Syariah
#Mujahid Yusof Rawa
#pemikiran islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan