awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua koordinator eksekutif syarikat ditahan reman, maklumat palsu projek PPAM

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/05/2025
13:09 MYT
Ketua koordinator eksekutif syarikat ditahan reman, maklumat palsu projek PPAM
Suspek dipercayai mengemukakan dokumen yang mengelirukan kepada sebuah institusi kewangan, Bank MBSB, bagi tujuan mendapatkan pelepasan pembiayaan berjumlah kira-kira RM1.6 juta. - Gambar SPRM
KUALA LUMPUR: Seorang ketua koordinator eksekutif sebuah syarikat ditahan reman selama tiga hari kerana disyaki bersubahat menggunakan dokumen mengandungi maklumat palsu berkaitan projek pembangunan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di Muallim, Perak.
Perintah reman sehingga 11 Mei itu dikeluarkan Majistret Datin Kunasundary Marimuthu di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Jumaat.
Menurut sumber, suspek yang berusia dalam lingkungan 60-an hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya kira-kira jam 4 petang pada Khamis untuk memberi keterangan sebelum ditahan.
"Suspek dipercayai mengemukakan dokumen yang mengelirukan kepada sebuah institusi kewangan, Bank MBSB, bagi tujuan mendapatkan pelepasan pembiayaan berjumlah kira-kira RM1.6 juta daripada keseluruhan pinjaman sebanyak RM70 juta yang diluluskan bagi projek tersebut," katanya di sini, pada Jumaat.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana memberikan dokumen palsu dengan niat untuk memperdaya pihak lain.
Topic Berkaitan
#MBSB
#penjawat awam
#Mahkamah Sesyen
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan