Skip to main content

Malaysia

Ketua masyarakat perlu fahami, sampaikan dasar kerajaan pada rakyat - Abang Johari

SARIKEI, 7 Ogos -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Sarikei di Dewan Sentral Sarikei, malam ini._BERNAMA
Abang Johari menggesa ketua masyarakat dan ketua kaum untuk terus berperanan sebagai jambatan antara kerajaan dan rakyat, bagi memastikan dasar pembangunan negeri difahami dengan jelas demi mengekalkan kestabilan serta kemakmuran Sarawak. - Foto BERNAMA
Advertisement

SARIKEI: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggesa ketua masyarakat dan ketua kaum untuk terus berperanan sebagai jambatan antara kerajaan dan rakyat, bagi memastikan dasar pembangunan negeri difahami dengan jelas demi mengekalkan kestabilan serta kemakmuran Sarawak.

Beliau berkata, kefahaman terhadap dasar kerajaan penting bagi mengelakkan salah faham yang boleh menjejaskan keharmonian, keyakinan pelabur dan pertumbuhan ekonomi negeri.

“Ketua masyarakat bukan sahaja pemimpin pada peringkat akar umbi, malah berperanan menyampaikan dasar kerajaan supaya rakyat memahami hala tuju pembangunan negeri,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Pemimpin bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum, di sini pada malam Jumaat.

Sementara itu, Abang Johari berkata, pendidikan menjadi teras pembangunan modal insan, bagi memastikan generasi muda Sarawak mampu bersaing dalam ekonomi global yang dipacu teknologi dan inovasi.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, kerajaan Sarawak memperuntukkan RM260 juta setahun, bagi membiayai pendidikan tinggi percuma kepada anak Sarawak yang layak, tanpa mengira latar belakang.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement