Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan negeri akan mencari jalan untuk menyelesaikan isu tanah melibatkan penduduk Kampung Sungai Limo, Sempadi di sini.
Menurut beliau, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan berusaha menyelesaikan masalah berkaitan pajakan bersyarat yang dilapor dikeluarkan terhadap tanah pribumi mereka, termasuk lot tempat mereka mendirikan rumah di kampung itu.
Penduduk terbabit mendakwa tiga syarikat menceroboh tanah mereka, menebang pokok, ladang sawit, tanah pertanian lain, termasuk hutan simpan komunal dan domain wilayah dianggarkan seluas hampir 1,600hektar.
Uggah, yang juga pengerusi jawatankuasa kerja mengenai Tanah Hak Adat Pribumi (NCR), berkata jawatankuasa itu sedang giat mencari jalan untuk menyelesaikan isu tanah "pemakai menoa" dan "pulau galau".
"Kami sudah bermesyuarat beberapa kali, tapi kami masih perlu membuat kajian mendalam tentang pelbagai isu, termasuk berkaitan sejarah dan adat, sebelum kami boleh mengemukakan laporan kepada Ketua Menteri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Sungai Limo, Lundu di sini hari ini.
Uggah berkata jawatankuasa itu amat serius dalam mencari jalan bagi menyelesaikan isu tertangguh tersebut dan yakin ia dapat diselesaikan secara baik.
Menurut Uggah, sebelum meninggal dunia, Adenan sendiri mengingatkan beliau supaya menangani secara serius dan menyelesaikan isu tanah NCR yang menjejaskan pemilik tanah.
Terdahulu, dalam ucapannya, Uggah menyeru pengundi di kawasan Sungai Limo supaya memberi sokongan penuh mereka kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu, balu Adenan, pada pilihan raya kecil Tanjong Datu 18 Feb ini.
Beliau berkata masyarakat Dayak perlu memberi sokongan padu kepada BN pada pilihan raya kecil itu agar suara mereka dapat didengar dengan lebih jelas.
"Sekiranya masyarakat Dayak memberi sokongan kuat, maka lebih mudahlah untuk kita menyuarakan sungutan masyarakat kita kepada kerajaan," katanya.
Uggah berkata pembangkang hanya pandai menyuarakan isu, tetapi tidak mampu menyelesaikannya dan ini berbeza dengan kerajaan BN yang gigih berusaha untuk menyelesaikan sebarang isu yang menjejaskan rakyat.
Katanya, pengundi di Tanjong Datu perlu memberi undi mereka kepada Jamilah sebagai tanda penghargaan mereka terhadap segala sumbangan Adenan ketika beliau menjadi anggota Dewan Undangan Negeri kawasan itu.
Uggah berkata undi mereka kepada BN juga menunjukkan bahawa mereka menyokong Abang Johari sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu dan menurut Timbalan Ketua Menteri itu, beliau mengenali Johari sebagai pemimpin yang baik serta berkemampuan dan bersikap adil kepada semua kaum.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2017
UNGGAH: Kerajaan negeri akan mencari jalan untuk menyelesaikan isu tanah melibatkan penduduk Kampung Sungai Limo. - Gambar fail
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
Pelaksanaan jalan raya di luar bandar ambil masa lebih 3 tahun - Abang Johari
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari menegaskan, sistem jalan raya dan pembangunan yang mantap
Saau Kakok dilantik CEO PETROS
Pengalaman luas dalam aktiviti penerokaan huluan industri minyak dan gas di seluruh dunia antara kriteria utama pelantikan Saau Kakok, 64 tahun.
Petronas sambut baik penubuhan Petros
Petronas mengalu-alukan penyertaan Petros atau mana-mana syarikat milik negeri lain yang mahu melibakan diri dalam sektor minyak dan gas.
Sarawak tidak setuju rancangan pengagihan cukai pelancongan
Sarawak tidak bersetuju dengan keputusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk mengembalikan RM1 daripada setiap RM10 cukai yang dikutip daripada pelancong asing untuk penginapan setiap bilik.
KM Sarawak selar Salahuddin Ayub berhubung Perjanjian Malaysia
Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini membidas timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub yang mendakwa tindakan kerajaan negeri ini menghantar peguam ke London berhubung Perjanjian Malaysia 1963.
BN Sarawak diterima kerana dasar baik dan sama rata - Abang Johari
BN Sarawak menerima sokongan semua kaum termasuk Cina pada PRN tahun lepas kerana ia menampilkan dasar-dasar yang baik dan sama rata.
Sarawak berunding dengan KDN dan Kementerian Luar isu 170 pekerja Korea Utara
Kerajaan negeri sedang berunding dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Luar berhubung kedudukan 170 pekerja warga Korea Utara di Sarawak.
Lesen balak jangka pendek di Sarawak dikeluarkan melalui proses tender - Abang Jo
Berkuat kuasa serta merta, pengeluaran lesen balak jangka pendek di Sarawak akan dikeluarkan hanya melalui proses tender bagi memastikan ia dijalankan secara telus.
Guru interim di Sarawak yang gagal temuduga SPP diberi peluang kedua - Mahdzir
Kira-kira 202 guru interim di Sarawak yang gagal dalam sesi temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) baru-baru ini diberi peluang untuk temuduga kedua Jun depan.
Ketua Menteri sedang berusaha selesaikan isu tanah penduduk Sungai Limo - Unggah
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan negeri akan mencari jalan untuk menyelesaikan isu tanah melibatkan penduduk Kampung Sungai Limo, Sempadi di sini.