Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ meninggal dunia

Anuar Abdul Ghani meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pakar KPJ Abdul Samad.
JOHOR BAHRU: Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Anuar Abdul Ghani meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pakar KPJ Abdul Samad, di sini, petang semalam pada usia 62 tahun.
Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat Ranhill SAJ, Ahmad 'Asri Khalbi.
Anuar yang berpengalaman hampir empat dekad dalam industri air terawat dan tokoh ternama dalam sektor itu di peringkat nasional serta antarabangsa, meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.
Di bawah kepimpinannya, Ranhill SAJ mencatat pelbagai pencapaian penting termasuk peningkatan kecekapan operasi, pelaksanaan pembaharuan teknologi serta penurunan kadar air tidak berhasil (NRW) terendah dalam negara.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam Dagang, Kota Tinggi pagi ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


