awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua perwakilan asing sampaikan ucapan selamat Hari Malaysia

Bernama
Bernama
16/09/2023
06:07 MYT
Ketua perwakilan asing sampaikan ucapan selamat Hari Malaysia
Takahashi Katsuhiko berkata, kekayaan budaya dan kepelbagaian Malaysia secara konsisten memikatnya sejak beliau ditempatkan di sini pada 2021.
KUALA LUMPUR: Ketua-ketua perwakilan asing di negara ini menyampaikan ucapan selamat kepada Malaysia sempena Hari Malaysia ke-60, hari ini.
Duta Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko dalam meraikan hari bersejarah itu berkata kekayaan budaya dan kepelbagaian Malaysia secara konsisten memikatnya sejak beliau ditempatkan di sini pada 2021.
"Rakyat, pemandangan, makanan dan bahasa semuanya bersatu, menambah kepada kepelbagaian berwarna-warni yang menentukan Malaysia yang kita lihat hari ini.
"Pada hari yang bersejarah ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakan Malaysia. Semoga persahabatan yang erat antara Jepun dan Malaysia terus berkembang pada tahun-tahun akan datang," katanya dalam video yang dimuat naik di laman Facebook kedutaan pada pagi Sabtu.
Dekan Ketua-ketua Perwakilan Afrika yang juga Duta Somalia ke Malaysia Abukar Abdi Osman dalam menyampaikan ucapan tahniah kepada Malaysia berkata:
"Saya mengucapkan semua rakyat Malaysia pada hari yang penuh dengan kegembiraan, kebanggaan, dan perpaduan ketika anda meraikan kepelbagaian dan kemajuan negara anda. Semoga Allah mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia dan kerajaan mereka," katanya.
Hari Malaysia meraikan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Malaysia
#perwakilan asing
#2023
#Duta Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan