awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Polis Negara sangkal dakwaan Kim Chol meninggal kerana serangan jantung

Bernama
Bernama
02/03/2017
16:05 MYT
Ketua Polis Negara sangkal dakwaan Kim Chol meninggal kerana serangan jantung
KHALID: "Kita mempunyai pakar-pakar yang berkelayakan untuk menentukan punca kematian Kim Chol. Siasatan kita dan disokong oleh laporan pakar mengesahkan bahawa Kim Chol dibunuh." - Gambar fail
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menyangkal dakwaan oleh Korea Utara bahawa Kim Chol kemungkinan meninggal dunia kerana serangan jantung.
Khalid kata pakar Malaysia telah pun mengesahkan bahawa Kim Chol mati selepas dua wanita tiba-tiba menghampirinya dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang disembur dengan cecair beracun yang kemudian dikenal pasti sebagai agen saraf VX.
"Kita mempunyai pakar-pakar yang berkelayakan untuk menentukan punca kematian Kim Chol. Siasatan kita dan disokong oleh laporan pakar mengesahkan bahawa Kim Chol dibunuh. Korea Utara boleh menyatakan apa yang mereka suka tetapi fakta itu kekal," kata beliau ketika dihubungi oleh Bernama News Channel hari ini.
Khalid berkata demikian susulan dakwaan oleh jurucakap rasmi kedutaan Korea Utara Ri Tong-il semasa sidang media hari ini bahawa Kim Chol meninggal dunia akibat serangan jantung dan bukan diracun.
Sementara itu, Khalid berkata tidak perlu untuk menyerahkan sampel bahan kimia yang digunakan dalam pembunuhan itu kepada Organization for the Prohibition of Chemical Weapons (OPCW).
Kim Chol mati pada 13 Feb selepas dua wanita menyapu mukanya dengan cecair beracun di klia2 semasa menunggu untuk menaiki penetrbangabn ke Macau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agen Saraf VX
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#kim jong nam
#Korea Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan