awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua sindiket, scammers perlu diisytihar 'persona non grata' - KPN

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
14/12/2020
07:53 MYT
Ketua sindiket, scammers perlu diisytihar 'persona non grata' - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan supaya ketua sindiket dan scammers dari luar negara yang dikesan melakukan jenayah di Malaysia diisytiharkan sebagai 'persona non grata'. - Gambar ASTRO AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR :Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan supaya ketua sindiket dan ‘scammers’ dari luar negara yang dikesan melakukan jenayah di Malaysia diisytiharkan sebagai 'persona non grata'.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, selepas mereka diisytiharkan sebegitu, mereka tidak lagi akan dibenarkan memasuki negara ini untuk seumur hidup.
“Mereka yang menjadi sasaran polis ini adalah ketua-ketua sindiket, scammers daripada luar negara, sindiket maksiat.
“Apabila kita telah kenal pasti mereka lakukan kegiatan haram di sini, kita akan beri nama mereka kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk mereka dikenakan pengisytiharan tersebut.
“Ia perlu dilakukan supaya mereka tidak dibenarkan masuk ke Malaysia, seumur hidup tak boleh masuk ke Malaysia. Itu harapan PDRM,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Operasi (PTO) Op Benteng di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia, Mohamad Fauzi Md Isa berkata, Imigresen boleh mengenakan tindakan sama terhadap warga asing yang menceroboh sempadan negara.
“Apa akan jadi kalau seorang itu dikenakan ‘persona non grata’, dia tidak boleh masuk ke Malaysia seumur hidup. Apa jua kemudahan yang kita berikan kepada warga asing, dia tak boleh dapat.
“Siapa-siapa yang ceroboh atau lakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen, kita letakkan mereka di bawah senarai hitam, tempohnya terpulang kepada JIM.
“Kesalahan menceroboh pun boleh dikenakan sebagai persona non grata dan ini telah pun dilaksanakan,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#PDRM
#polis
#Ketua Polis Negara
#Tan Sri Abdul Hamid Bador
#scammer
#Imigresen
#jenayah
#warga asing
#sindiket
#persona non grata
#rentas sempadan
#sempadan
#ceroboh
#Op Benteng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan