awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran besar landa pusat penyelidikan utama di Jerman
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Warisan Libaran maut dalam nahas kenderaan

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2018
08:01 MYT
Ketua Warisan Libaran maut dalam nahas kenderaan
Aris Malayu, 55 tahun, sedang minum bersama rakannya di sebuah restoran di Sandakan ketika kejadian siang tadi.
Polis mengesahkan individu yang dilanggar di sebuah restoran di Bandar Utama Batu 6, Sandakan bukan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi kerusi Parlimen Libaran.
Sebaliknya Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, individu itu ialah Ketua Warisan Bahagian Libaran, Aris Malayu, 56 tahun.
Menurutnya dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa dikatakan sedang minum pagi bersama rakannya di sebuah restoran di Batu 6 Sandakan.
"Secara tiba-tiba sebuah kereta jenis pacuan empat roda jenis Honda CRV yang dipandu seorang wanita warga emas berusia 61 yang hendak meletakkan kenderaannya tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh mangsa.
"Wanita warga emas itu dipercayai mahu menekan brek sebaliknya tertekan pedal minyak hingga menyebabkan rempuhan.
“Akibat kemalangan itu, mangsa maut di lokasi kejadian selepas terhimpit di antara tiang dan kenderaan wanita terbabit,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambah Ramli, siasatan awal mendapati pemandu wanita warga emas itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol.
Katanya, wanita itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak agar tidak mempercayai laporan yang mendakwa insiden itu melibatkan calon Warisan Libaran.
Insiden tersebut juga telah disahkan Unit Media Warisan kepada Astro AWANI.
Dalam pada itu, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Beliau juga menasihatkan penggerak dan penyokong parti supaya terus bekerja dan jangan membuat andaian.
"Polis akan melakukan siasatan dan biarlah mereka menjalankan tugas," katanya di Semporna selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Topic Berkaitan
#Aris Malayu
#dilanggar kereta
#kemalangan
#Mohd Shafie Apdal
#Nahas
#Parti Warisan
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan