KUALA LUMPUR:
Semua mata hari ini tertumpu kepada kecerdasan buatan (AI), teknologi masa kini yang berupaya menjadikan banyak hal dalam dunia hari ini lebih mudah.

Begitupun, ada beberapa manfaat terbaiknya belum lagi sampai kepada teknologi bimbit - kecuali dalam Samsung Siri Galaxy S24, kuasa AI kini dibawa ke tapak tangan anda.

Galaxy AI merupakan satu pengalaman AI bimbit menyeluruh, dipacu bersama oleh AI dalam peranti dibangunkan Samsung serta AI berasaskan awan yang didayakan oleh kerjasama terbuka dengan para peneraju industri yang sepemikiran.

Siri Galaxy S24 terbaharu yang dikuasakan oleh Galaxy AI akan memperkenalkan cara baharu untuk anda mencipta, bermain dan menyelesaikan tugasan - atau dalam kata lain, kemudahan yang ada dipermudahkan lagi.

Galaxy AI akan membawa kita ke dunia di mana lebih banyak sempadan keterhubungan sosial terhapus, dan komunikasi lebih mudah serta lebih produktif berbanding sebelumnya.

Ini ciri-ciri utama (dan unggul) yang dibawakan Galaxy AI:

Circle to Search with Google

Buat carian dengan hanya melukis bulatan pada subjek.


Apabila anda sedang melayan sesuatu di media sosial atau laman web, anda boleh terus membuat carian tentang sesuatu dengan melukis bulatan pada subjek terbabit tanpa perlu menaip apa-apa. Juga, ia mencadangkan soalan-soalan susulan dan hasil lanjutan dengan memahami konteks carian anda.


Live Translate

Batas bahasa tiada lagi dengan Live Translate.


Dengan keupayaan ‘Live Translate’, perbualan dalam panggilan antara bahasa berbeza akan diterjemah secara dua hala dalam masa nyata. Tiada penglibatan aplikasi pihak ketiga, berbuallah merentas pelbagai bahasa dengan bantuan ‘Penterjemah Peribadi’ anda.


Chat Assist

Untuk mesej dan aplikasi lain, ‘Chat Assist’ boleh membantu memperkemas nada perbualan untuk memastikan komunikasi kedengaran sepertimana yang diinginkan: seperti sapaan sopan kepada rakan sekerja ataupun frasa pendek yang menarik untuk kapsyen media sosial.

Terjemahan Perbualan: Menterjemah mesej dalam waktu sebenar merentas pelbagai bahasa. Juga berbuallah seperti warga tempatan apabila membalas mesej tanpa memerlukan sebarang aplikasi pihak ketiga.

Gaya dan Tatabahasa: Mengolah ayat mengikut situasi anda, tanpa renyah dalam menulis secara profesional, mesej dengan riang dan muda ATAU peroleh cadangan tanda pagar (#) terbaik untuk SNS anda. AI akan membantu merangka mesej, malah emel dalam penulisan yang betul apabila anda hanya menaip beberapa kata kunci.


Note Assist

Biar Galaxy AI tolong susun dan perkemas nota-nota anda.


Auto Penjarakan dan Penjajaran untuk Tulisan Tangan: Membantu anda memperkemas dan menulis semula tulisan yang dicoret dalam gesa.

Auto Format: Menstruktur semula nota anda untuk membolehkannya dikongsi dengan sesiapa dengan segera. Nikmati beberapa pilihan berbeza untuk tujuan yang berbeza.

Meringkas dan Menterjemah: Merumuskan isi-isi penting dari nota-nota anda, untuk pengguna rujuk semula malah menterjemahnya ke bahasa lain.

Pembetulan Ejaan: AI akan menyarankan ejaan yang betul, atau format tarikh dan masa pada nota.

Terjemahan dan Klasifikasi pada Muka Hadapan Nota: Kategorikan nota-nota anda berdasarkan muka hadapan, dengan bantuan dan cadangan AI.


Photo Assist

‘Generative Edit’: Melaras sudut imej, membantu mengisi ruangan kosong bahagian latar belakang imej dengan AI generatif.

‘Object Re-Composition’: Alih, buang atau saizkan semula orang dan objek, kemudian isi mana-mana ruang kosong pada latar belakang.

‘Edit Suggestion’: AI akan memberi cadangan penambahbaikan kepada sesuatu gambar. Contoh: efek potret, hilangkan bayang, buang kedutan, efek latar belakang, pendedahan panjang (long exposure), ‘remaster’, pemadam objek, dan banyak lagi.

‘Instant Slow-Mo’: Menjana bingkai tambahan berdasarkan pergerakan untuk memperlahankan detik penuh aksi untuk penampilan yang lebih terperinci.


ProVisual Engine

Dengan ProVisual Engine, tak perlu fikir panjang untuk mengambil gambar dalam apa jua keadaan.


Fitur ProVisual Engine dalam siri Galaxy S24 adalah lengkapan komprehensif alatan berkuasa AI yang meningkatkan kebolehan menangkap imej dan memaksimumkan kebebasan kreatif, daripada menyiapkan ‘shot’ sehinggalah kepada berkongsinya di media sosial.

Samsung Knox
Dengan jaminan Samsung Knox, platform keselamatan gred pertahanan Galaxy berbilang lapisan, Siri Galaxy S24 berupaya melindungi maklumat penting dengan perkakasan keselamatan menyeluruh yang juga diperkasakan pengesan ancaman masa nyata dan perlindungan kolaboratif.
Pengguna Galaxy S24 mempunyai kebolehkawalan sepenuhnya terhadap sejauh mana mereka membenarkan data peribadi dipergunakan untuk meningkatkan pengalaman AI, melalui tetapan Advanced Intelligence yang boleh menghentikan pemprosesan data dalam talian untuk ciri AI.

Visi Knox Matrix yang dimajukan dengan ciri ‘Passkeys’ menjamin keselamatan serta sambungan tanpa kata laluan juga akses selamat kepada laman web dan aplikasi berdaftar pengguna dan melindungi daripada serangan pancingan data, merentas peranti peribadi mereka menggunakan pengesahan kelayakan digital.

Ciri ‘Enhanced Data Protection’ menawarkan enkripsi menyeluruh apabila pengguna membuat sandaran, menyegerakkan atau memulihkan data mereka dengan ‘Samsung Cloud’ - membolehkan pengguna Galaxy S24 bersambung dengan peranti lain sambil kekal disegerakkan secara selamat.

Ternyata, Galaxy AI menjadi satu revolusi pengalaman penggunaan telefon pintar, membawa pengguna ke era baharu teknologi tanpa sempadan - dan Samsung Siri Galaxy S adalah jawapannya.

Pra-pesan sekarang, tempoh promosi dari 18 Januari hingga 6 Februari 2024 untuk menikmati naik taraf storan berganda bernilai RM500; e-baucar bernilai RM500; tukar beli sehingga RM650; serta Belian Dengan Belian (PWP) sehingga RM800 untuk Galaxy Watch dan Tablet, juga potongan sehingga 45 peratus untuk Samsung Care+ dan Aksesori.

Untuk maklumat lebih lanjut, klik SINI.