JAKARTA: Di sebalik keunikan kostum patung gergasi 'Ondel-Ondel' yang menjadi tarikan kepada pelancong dalam mendekati seni budaya masyarakat suku Betawi, figura lagenda itu turut menjadi sumber pendapatan bagi penghibur jalanan di Jakarta, Indonesia.
Malah, sepanjang keberadaan pemberita di kota raya ini sempena lawatan delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia, kehadiran Ondel-Ondel di lokasi tumpuan pelancong menjadi sebahagian elemen yang mewarnai keunikan dan kemeriahan suasana.
Terdapat dua versi Ondel-Ondel iaitu lelaki dengan ciri-ciri muka dicat merah dan bermisai serta versi wanita yang menampilkan wajah warna cerah dan dihiasi 'gincu' merah lambang kewanitaan.
Kostum patung gergasi setinggi dua meter itu akan bergerak di sekitar kawasan bandar sambil melakukan pertunjukan dan tarian mengikut alunan muzik bagi menambat hati orang ramai sekali gus berkongsi rezeki kerana di sebalik keunikan seni yang dibawa Ondel-Ondel, ia turut menjadi sumber pendapatan kepada penghibur jalanan tersebut.
Bagi penghibur jalanan, Muhammad Yahya, 30, memakai kostum bermotifkan figura lagenda seberat 20 kilogram itu, menjadi sebahagian daripada rutin hariannya dalam mencari rezeki untuk membesarkan anaknya yang masih bersekolah.
Anak kelahiran Betawi itu berkata kostum tersebut dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan seperti buluh, dawai, resin plastik, kain dan cat dengan kos kira-kira 1 juta rupiah (RM305).
"Ondel-Ondel ini sangat berat dan panas di dalamnya kerana ia tertutup (diselebungi kain), malah bahu saya sudah beberapa kali cedera kerana menampung berat kostum ini. Saya pernah memakainya selama lapan jam demi mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan sekolah anak.
"Biasanya saya boleh dapat kira-kira 60,000 rupiah (RM18) sehari tetapi ikut nasib juga kerana ada waktunya kutipan tak sampai 30,000 rupiah (RM9). Duit inilah saya gunakan untuk perbelanjaan harian keluarga," katanya ketika ditemui Bernama di sekitar Jalan KH Wahid Hasyim di sini.
Yahya berkata dia akan melakukan persembahan mengikut alunan muzik yang dimainkan menerusi pembesar suara bersaiz mini yang diikat pada kostum tersebut, di lokasi tumpuan sambil ditemani anak lelakinya Rafar Muhammad Yahya yang berusia sembilan tahun.
Berkongsi suka duka menjadi penghibur jalanan, dia mengakui pernah beberapa kali mengalami kemalangan akibat dilanggar kenderaan daripada belakang semasa memakai kostum Ondel-Ondel hingga mengalami kecederaan.
"Saya pernah dilanggar hingga tertanggal kuku jari kaki, luka teruk di bahagian lengan dan patah kaki akibat dilanggar kereta. Apabila berlaku insiden seperti itu, saya sangat susah hati kerana tidak dapat keluar mencari rezeki.
"Paling sedih ialah ketika hujan dan guruh apabila melihat anak saya yang masih kecil itu iktu basah kuyup. Saya hanya mampu menangis dalam hati, Allah sahaja yang tahu perasaan saya waktu itu, namun saya reda dan teruskan juga demi mencari rezeki," katanya yang lebih sembilan tahun mencari rezeki dengan memakai kostum gergasi tersebut.
Ketika ditemui Bernama, Rafar kelihatan begitu teruja melihat sesi foto yang dilakukan bersama ayahnya dan membuatkan dia bercita-cita untuk turut menjadi jurnalis apabila dewasa nanti.
Secara umumnya, Ondel-Ondel mempunyai ciri-ciri hiasan tersendiri seperti bunga manggar yang dijadikan mahkota, sabut kelapa sebagai rambut dan terdapat ruang kecil di bahagian dada kostum itu bagi membolehkan pemakainya melihat keadaan di hadapan.
Terdahulu, pada hari pertama lawatan ISWAMI, pemberita dan jurufoto Bernama berhadapan 'detik cemas' apabila dikejar dua patung gergasi itu semasa berjalan di sekitar Thamrin City pada waktu malam, bagaimanapun pengalaman itu akhirnya menjadi momen manis dalam menghayati keunikan seni dan budaya di Indonesia. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024
Sebuah kostum gergasi yang dikenali sebagai Ondel-Ondel, dipakai oleh seorang penghibur jalanan ketika tinjauan di sekitar ibu kota Jakarta baru-baru ini. - Gambar Bernama
Dengan deria bau tajam, tikus Afrika kesan penyeludupan hidupan liar
Tikus besar ini menggunakan deria bau mereka yang tajam untuk membantu mengesan penyeludup dan melindungi spesies terancam.
Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.
Polis buru lelaki di Berlin selepas tinggalkan bahan letupan di stesen kereta api
Penyiasat terus mencari lelaki itu yang melarikan diri dari tempat kejadian di stesen kereta api Neukolln, selatan Berlin.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai penerima darjah, pingat kebesaran Perak
Syed Danial, 80 tahun, dianugerahkan darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
16 titik panas global berdepan krisis kelaparan yang serius - Laporan
Laporan oleh FAO dan WFP itu menyatakan bahawa tiada keterjaminan makanan yang akut mengancam 22 negara.
Israel dijangka lancar operasi ke kem pelarian, susulan pengharaman UNRWA - MAHAR
Jismi berkata, RUU yang diluluskan bagi mengharamkan UNRWA adalah bagi memastikan Israel tidak dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kezaliman.
Piawaian keselamatan makanan perlu diperketat lindungi kesihatan awam - Lee
Hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap mereka yang melanggar piawaian keselamatan makanan sebagai usaha mengukuhkan aspek berkenaan.
Thailand gesa gencatan senjata segera di tengah konflik memuncak di Asia Barat
Kementerian Luar Thailand mengulangi gesaan agar semua pihak segera menghentikan serangan balas bagi mengelakkan keadaan meruncing.
Tumpuan Jumaat – 1 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (31 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia Midnight Sale 2024 dilancar, tarik pelancong bermalam
Tourism Malaysia lancar Malaysia Midnight Sale 2024 di Johor Bahru bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa berbelanja dan bermalam di Johor.
Pelancong Jepun terlibat nahas bas di Taiping meninggal dunia
Polis berkata wanita berusia 73 tahun itu meninggal dunia pada 9 malam semalam ketika dirawat di Hospital Kuala Kangsar.
Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan
JIM menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, dekat sini pada Isnin lepas.
Kemboja catat 4.8 juta pelancong antarabangsa dalam 9 bulan pertama 2024
Jumlah itu mencapai 99.7 peratus daripada angka pada sembilan bulan pertama 2019, sebelum era pandemik COVID-19.
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Tiga maut akibat Taufan Tropika John di Mexico
Taufan Tropika John menyebabkan hujan lebat di sepanjang pantai Pasifik selatan Mexico ketika ia bergerak ke darat pada Selasa.
Konsulat Jeneral Malaysia ingatkan pelancong berwaspada dengan cuaca buruk di Thailand
Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Selatan Thailand ingatkan pengembara Malaysia untuk sentiasa peka terhadap kemungkinan kesan daripada keadaan cuaca yang tidak menentu di negara ini.
Trafik penumpang udara naik 12.7 peratus kepada 8.7 juta pada Ogos 2024 - MAVCOM
Lapangan terbang Malaysia memberi perkhidmatan kepada 8.7 juta penumpang udara pada Ogos 2024, pertumbuhan 12.7 peratus daripada 7.7 juta penumpang yang dicatatkan pada Ogos 2023.
Melaka giat promosi TMM 2024 dalam tempoh empat bulan terakhir
Usaha itu bagi memastikan pelancong ke Melaka mencapai sasaran 15 hingga 18 juta orang sepanjang tahun ini.
Untung bersih MAHB melonjak sekali ganda kepada RM205.80 juta bagi suku kedua
MAHB mencatatkan keuntungan bersih RM205.80 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2024, melonjak sekali ganda daripada RM102.53 juta yang direkodkan pada suku sama tahun kewangan 2023.