awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stadium Hoki Seremban 2 dijangka naik taraf selepas Mei ini
KPN teliti cadangan angkat Baba Nyonya, Chetti sebagai ikon perpaduan negara
California negeri pertama sertai rangkaian WHO susulan penarikan diri AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor

Bernama
Bernama
05/10/2024
14:11 MYT
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Onn Hafiz menegaskan pihaknya juga tidak pernah memberi kebenaran atau kelonggaran kepada mana-mana pihak bagi penganjuran acara yang tidak menjaga sensitiviti agama Islam di negeri ini. - Gambar fail/Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau menegaskan pihaknya juga tidak pernah memberi kebenaran atau kelonggaran kepada mana-mana pihak bagi penganjuran acara yang tidak menjaga sensitiviti agama Islam di negeri ini.
Onn Hafiz berkata setelah berhubung dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penganjur, objektif penganjuran acara berkenaan bukanlah seperti yang dinyatakan dan kejadian yang berlaku itu adalah di luar kawalan pihak penganjur.
"(Bagaimanapun), kerajaan negeri memandang serius terhadap isu ini dan telah meminta siasatan lanjut dijalankan oleh pihak PDRM, " katanya dalam kenyataan menerusi Facebooknya malam ini.
Beliau berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menganjurkan acara mencetuskan isu yang menggugat keharmonian dan kedaulatan agama Islam serta menjatuhkan imej Johor secara keseluruhan.
"Pada masa sama, kita berharap agar isu ini tidak dipanjangkan sehingga menjejaskan dan mengancam keharmonian negeri serta kesucian agama Islam, " katanya.
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Penawar Fauziah Misri dilaporkan memohon agar pihak berkuasa menyiasat mengenai program itu dengan beliau difahamkan acara asalnya merupakan Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 yang dianjurkan sebuah persatuan.
Bagaimanapun beliau berkata menerusi gambar-gambar yang tular didapati peserta program terbabit berpakaian tidak sopan malah ada yang separuh bogel dan mempromosi LGBT.
Terdahulu, tular satu video berdurasi tujuh saat dan beberapa gambar menerusi laman sosial memaparkan mengenai acara larian itu termasuk persembahan tarian di sebuah hotel di Bandar Penawar, Kota Tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laman sosial
#PDRM
#pelancong
#LGBT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan