Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Timbalan Pendakwa Raya Datuk Kevin Morais berkemungkinan diterkup pada bahagian kepalanya sehingga mati.
Pakar Perunding Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Nurliza Abdullah, 51, berkata ia berdasarkan keadaan si mati yang mengalami kelemasan udara apabila tidak boleh mendapatkan udara atau oksigen untuk terus hidup.
"Pada keadaan sedemikian, yang lebih bersesuaian adalah seperti diterkup dengan beg plastik yang menyarung atau meliputi bahagian kepala serta diketatkan pada bahagian muka mengakibatkan gangguan kemasukan udara menyebabkan si mati tidak boleh bernafas.
"Satu lagi keadaan adalah tekanan atau mampatan pada bahagian dada, iaitu di sebelah belakang kanan bahagian dada dan bahagian kanan sisi sangkar dada yang menunjukkan kesan lebam, menunjukkan badan ini dihimpit dan menghalang sangkar dada melakukan pergerakan pernafasan," katanya ketika pemeriksaan balas peguam Datuk N.Sivananthan pada perbicaraan hari kelima kes pembunuhan Kevin Morais.
Ditanya mengenai punca lain yang boleh menyebabkan kelemasan udara, Dr Nurliza berkata: "Saya berpendapat kombinasi gabungan semua cara ini telah menyebabkan si mati mengalami suffocation (tidak boleh bernafas)".
Selain itu, beliau turut memberitahu kematian Kevin Morais akibat kelemasan udara itu adalah daripada sebab-sebab bukan semula jadi.
Katanya terdapat banyak punca yang menyebabkan asfiksia (kelemasan) tetapi kelemasan udara merujuk kepada sebab-sebab bukan semula jadi.
"Fahaman forensik patologi dengan perkataan 'natural' adalah keadaan semula jadi yang berlaku seperti penyakit-penyakit yang dialami seseorang manakala sebab-sebab bukan semula jadi merujuk kepada faktor-faktor luaran, bukannya berkaitan dengan penyakit yang mengakibatkan keadaan asfiksia," katanya.
Menjawab soalan Sivananthan bagaimana beliau mengesahkan kematian itu berpunca daripada sebab bukan semula jadi, Dr Nurliza menjelaskan sebagai seorang yang menjalankan pemeriksaan bedah siasat, beliau akan memeriksa secara menyeluruh dan mengaitkan keadaan dengan kematian seseorang itu.
Bagaimanapun, Sivananthan mempersoalkan perkataan "most probably attributable to asphyxiation suffocation" (kemungkinan besar disebabkan oleh asfiksia tidak boleh bernafas) yang digunakan dalam laporan bedah siasat Dr Nurliza bertarikh 22 Okt 2015, berhubung punca kematian Kevin Morais.
Sivananthan : Mengapa tidak boleh anda hanya berkata punca kematian adalah asphyxiation suffocation?
Dr Nurliza : Seperti yang saya sebutkan, keadaan mayat adalah dalam proses pembusukan.
Sivananthan : Oleh kerana keadaan badan itu, anda tidak boleh mengatakan dengan pasti bahawa sebab kematian adalah asphyxiation suffocation. Sebab itu kenapa anda juga gunakan perkataan kemungkinan?
Dr Nurliza: Tidak bersetuju.
Sivananthan: Adakah anda bersetuju, dengan lain perkataan, kita berada di sini dengan laporan bedah siasat yang berdasarkan kebarangkalian yang tinggi?
Dr Nurliza: Itu maksud saya kebarangkalian tinggi. Pada saya ia adalah kepastian perubatan yang munasabah.
Beliau turut menjelaskan sekali lagi bahawa keadaan mayat Kevin Morais tidak dalam keadaan segar di mana semua tanda-tanda asphyxia dapat dilihat.
"Saya juga telah mengecualikan sebab kematian yang lain seperti kesan kecederaan akibat trauma tajam, kesan tembakan, kesan pembakaran dan juga kesan patah pada tulang rangka jasad tersebut dan tiada kesan pendarahan dalaman pada mayat," katanya.
Dr Nurliza juga menafikan kematian Kevin Morais berpunca daripada kegagalan jantung kerana seseorang yang mengalami kegagalan jantung masalahnya lebih kepada kekurangan pengaliran darah bukannya disebabkan kelemasan.
Enam lelaki - G.Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath, 26, S.Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.
Kol Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok.
Bernama
Wed Apr 13 2016
Datuk Kevin Morais dilaporkan hilang pada 4 September tahun lepas. Beliau dilihat meninggalkan apartmennya di Menara Duta di sini dengan menaiki kereta Proton Perdana nombor pendaftaran WA6264Q. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
PM Anwar dibenarkan keluar HKL pagi ini
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur pagi ini selepas menjalani prosedur pembedahan kecil gigi semalam.
Suspek kes gangguan seksual ditahan di wad hospital
Suspek berusia 37 tahun yang merupakan lelaki warga tempatan itu kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Legenda olahraga negara Hanapiah Nasir meninggal dunia
Arena sukan tanah air menerima perkhabaran duka susulan pemergian legenda olahraga negara, Hanapiah Nasir, akibat leukemia dan kegagalan pelbagai organ di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.
Pelakon Ridzuan Hashim meninggal dunia
Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.
Aidilfitri: Hampir 80 peratus kemasukan ke Wad Pediatrik HKL babitkan masalah pernafasan
Ketua Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak, Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose menasihatkan masyarakat mengambil langkah berjaga ketika melakukan aktiviti ziarah.
Lelaki maut gantung diri di Flat Cheras
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tergantung sebelum disahkan meninggal dunia di ruang tamu sebuah rumah di flat perumahan di Cheras pada malam Khamis.
Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Vila ARAH MAKNA
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat merasmikan Vila ARAH Majlis Kanser Nasional (MAKNA) di Gombak.
Tekanan darah Najib berbahaya akibat pertukaran ubat - Pegawai khas
Doktor turut menemui beberapa ulser baharu di dalam perut Najib.
'Insulin dalam badannya kosong' - Isteri Ako Mustapha kongsi momen cemas ketika suami dikejarkan ke hospital
Kesihatan Ako merosot akibat ketiadaan insulin dalam badannya, sehingga menyebabkan saraf dan otot tubuh tidak dapat berfungsi.
Pelakon Ako Mustapha dikejarkan ke HKL, isteri mohon doakan suami
Pelakon Ako Mustapha dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan kini di rawat di bahagian kecemasan.