Pelan penyusunan semula yang diambil bagi mengukuhkan semula prestasi kewangan syarikat, telah membuahkan hasil sehingga membolehkan Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan pemberian bayaran subsidi untuk semua jemaah haji muassasah kali pertama.
Ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Seri Zukri Samat berkata pemberian bayaran subsidi itu akan melibatkan semua jemaah haji muassasah kali pertama termasuk yang membuat rayuan untuk menunaikan haji tahun ini.
Pelan penyusunan semula itu yang selesai pada 31 Dis lepas, telah membuka ruang kepada prestasi TH yang lebih baik dan dijangka akan berterusan pada tahun ini untuk membolehkan TH meneruskan pemberian subsidi kepada jemaah haji yang memerlukannya.
"Kita berada dalam keadaan yang membolehkan kita meneruskan subsidi kerana kedudukan kewangan TH telah beransur pulih hasil daripada 'turn around plan' kita laksanakan.
"Kita menjangka prestasi TH untuk 2019 ini akan bertambah baik dan ini memberikan kita peluang untuk meneruskan subsidi haji," katanya kepada Bernama dalam temubual eksklusif di Wisma Bernama hari ini.
BACA: Subsidi jemaah haji muassasah kali pertama, jemaah rayuan kekal - Mujahid
Zukri berharap penjelasannya mengenai perkara itu akan melenyapkan segala khabar angin dan penyebaran berita tidak benar.
"Pengumuman ini juga adalah untuk kill all the rumours dan semua berita (tidak benar) yang timbul tentang subsidi TH agar tidak timbul lagi," tegasnya.
Zukri yang mengambil alih jawatan itu pada 13 Julai lepas berkata kepimpinan TH sekarang mengamalkan sikap telus berhubung prestasi kewangan TH berbanding dahulu.
"Kami akan lebih telus dalam soal berhubung prestasi kewangan kami," katanya.
Zukri berkata dengan pengumuman terbaharu ini, kos tanggungan TH untuk musim haji tahun ini ialah kira-kira RM400 juta, dengan subsidi yang ditanggung TH adalah RM12,920 daripada kos haji pada tahun ini iaitu RM22,900 untuk setiap jemaah, menjadikan jemaah haji kali pertama hanya perlu membayar RM9,980 sahaja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata TH akan menanggung semua subsidi bagi jemaah haji muassasah kali pertama termasuk yang membuat rayuan untuk menunaikan haji tahun ini.
Dalam kenyataan media hari ini beliau berkata, keputusan itu dicapai selepas beberapa perbincangan bersama Lembaga Pengarah TH selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk keupayaan dan kedudukan unjuran kewangan TH bagi tahun 2019.
BACA: Timbang semula dasar baharu subsidi rayuan haji kali pertama - Asyraf Wajdi
Mujahid berkata sebelum ini pelbagai dakwaan mengelirukan timbul terutama berhubung isu kos jemaah yang membuat rayuan haji, meskipun pada masa itu perkara berkenaan belum dimuktamadkan.
Pada 14 Feb lepas, Mujahid mengumumkan bayaran untuk menunaikan haji bagi jemaah haji muassasah yang menunaikan haji kali pertama kekal RM9,980 dengan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM12,920.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 28 2019
ZUKRI: Kita menjangka prestasi TH untuk 2019 ini akan bertambah baik dan ini memberikan kita peluang untuk meneruskan subsidi haji. - Gambar fail/Astro AWANI
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.
Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.
Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.
Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.