awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kewujudan Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak elak pertindihan fungsi Suhakam

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
02/11/2021
03:46 MYT
Kewujudan Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak elak pertindihan fungsi Suhakam
Siti Zailah berkata berkata, pelantikan Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal sebagai Pesuruhjaya Kanak-Kanak bagi tempoh tiga tahun juga membolehkan pesuruhjaya tersebut berfungsi sebagai satu badan bebas - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Cadangan untuk mewujudkan Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak merupakan ketetapan dasar di bawah bidang kuasa Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi memastikan tiada pertindihan fungsi dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sedia ada.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, berdasarkan maklum balas daripada JPM, ketetapan dasar tersebut perlu bagi mengambil kira keberkesanan fungsi Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang diwujudkan untuk satu penggal, serta kemampuan kewangan kerajaan ketika ini.
Selain itu, Siti Zailah berkata berkata, pelantikan Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal sebagai Pesuruhjaya Kanak-Kanak bagi tempoh tiga tahun juga membolehkan pesuruhjaya tersebut berfungsi sebagai satu badan bebas.
Ia antaranya akan menasihati dan membuat syor kepada kerajaan mengenai sebarang isu yang berkaitan kanak-kanak daripada aspek kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak.
"Pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suhakam ini telah dilaksanakan tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 di bawah BHEUU, JPM.
"Sehubungan itu, cadangan untuk mewujudkan satu Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak yang khusus merupakan ketetapan dasar di bawah bidang kuasa BHEUU, JPM supaya tidak bertindih dengan fungsi Suhakam yang sedia ada," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) meminta kementerian menyatakan progres terkini usaha kerajaan untuk mewujudkan Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak yang akan menjadi satu badan yang bebas dan memiliki bidang kuasa khusus bagi melindungi hak serta kebajikan kanak-kanak di Malaysia.
Azalina pada masa sama turut meminta penjelasan mengenai ketiadaan Jabatan Khas Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga menyebabkan pertindihan tugas dalam kalangan kakitangan JKM.
Menjawab soalan tambahan tersebut, Siti Zailah berkata, kementerian perlu mengadakan perbincangan bagi menentukan tempoh masa untuk mewujudkan Jabatan Khas Kanak-Kanak memandangkan ia melibatkan beberapa jabatan dan agensi.
Jelasnya, setakat ini beberapa langkah telah diambil dan kementerian telah mencadangkan tiga fasa ke arah mewujudkan Jabatan Khas Kanak-Kanak.
Ia termasuk pengukuhan Bahagian Kanak-Kanak JKM; Penstrukturan Semula Bahagian Kanak-Kanak; serta penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak sebagai agensi baharu.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak
#jkm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan