KOTA TINGGI: Kerajaan akan meneliti kewujudan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai badan bebas dalam membela nasib golongan itu di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini penting bagi melihat perkara berhubung kebajikan kanak-kanak seperti keselamatan umum, pendidikan dan kesihatan.
Beliau berkata pada masa ini, Pesuruhjaya Kanak-Kanak merupakan sebahagian daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
"Saya akan buat kertas Kabinet untuk memberikan mereka kebebasan supaya berdiri di atas kaki sendiri sebagai satu badan pemerhati sebab isu kanak-kanak bukan sahaja meliputi isu jenayah," katanya kepada pemberita selepas majlis doa selamat sempena pelancaran Pusat Khidmat Wakil Rakyat dan Klinik Bergerak Parlimen Pengerang di sini semalam.
Selain itu, Azalina berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju dengan pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang baharu dan akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan.
Sementara itu, Azalina berkata pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam masa terdekat supaya diadakan program kefahaman umum mengenai hak kanak-kanak supaya golongan itu tidak menjadi mangsa kes jenayah.
Beliau berkata pihaknya juga sedang melihat kepada penambahan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak bagi mempercepat kes-kes melibatkan golongan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2023
Azalina berucap pada Majlis Doa Selamat sempena perasmian Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.157 Parlimen Pengerang yang baru di Bandar Penawar, Kota Tinggi, semalam. --fotoBERNAMA
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
Jangan guna lagu artis Iban tanpa kebenaran - Parisa
Persatuan Artis Iban Sarawak (Parisa) menggesa mana-mana pihak supaya tidak menggunakan lagu hasil karya atau nyanyian artis-artis Iban sesuka hati.
Columbia University batalkan konvokesyen berikutan demonstrasi pro-Palestin yang berterusan
Pihak universiti berkata ia -akan meninggalkan majlis konvokesyen utama pada 15 Mei- dan sebaliknya menganjurkan beberapa siri kecil majlis.
Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah
Tentera Israel keluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah dan bergerak ke selatan Gaza.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 di Pulau Pinang dijangka terima 200,000 pengunjung
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 akan berlangsung di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei ini.
UPNM akan tawar latihan berkaitan bidang rel buat veteran, bakal pesara tentera
Veteran dan bakal pesara tentera akan berpeluang menyambung kerjaya dalam bidang rel melibatkan sektor komunikasi dan keselamatan.
Malaysia berupaya sertai pasaran koko global - Johari
Johari berkata Malaysia adalah di antara pemain koko utama dunia terutamanya di peringkat pertengahan dan hiliran.
Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu
Pada karnival itu juga, KUSKOP akan melancarkan projek Tamu Desa bagi Sabah untuk tahun 2023.
Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM merayu supaya Suruhanjaya Kanak-Kanak dijadikan sebagai hadiah kepada semua kanak-kanak di Malaysia sempena meraika
Kewujudan Suruhanjaya Kanak-Kanak akan diteliti - Azalina
Ini penting bagi melihat perkara berhubung kebajikan kanak-kanak seperti keselamatan umum, pendidikan dan kesihatan.