awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebenaran merancang perlu untuk bina rumah ibadat - Nga
Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500
Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KFC mohon maaf pekerja tunjuk isyarat tangan lucah

Shamil Hizamie
Shamil Hizamie
28/04/2015
07:35 MYT
KFC mohon maaf pekerja tunjuk isyarat tangan lucah
Video memaparkan pekerja wanita restoran makanan segera menunjukkan isyarat lucah tersebar di laman Facebook sejak semalam
Sebuah video yang memaparkan seorang pekerja wanita restoran makanan segera yang menunjukkan isyarat lucah tersebar di laman Facebook sejak semalam.
Rakaman selama lapan saat itu mendapat 3,887 perkongsian ketika berita ditulis. Insiden terbabit dikatakan dirakam oleh pelanggan yang berkunjung ke premis itu.
Menurut laporan portal The Hype Media, difahamkan, sekumpulan pelajar sekolah berkunjung ke restoran KFC yang terletak di Taman Putra untuk makan tengah hari.
Wanita dalam video berkenaan dikatakan tidak mengizinkan kumpulan terbabit mengabungkan meja kerana perbuatan itu akan menghalang laluan pelanggan lain.
Pekerja KFC tunjuk isyarat tangan lucah
Pekerja KFC tunjuk isyarat tangan lucah
Selepas beberapa siri perbalahan kecil, keadaan bertambah buruk apabila pekerja wanita itu mula bertindak merakam gambar dan video kumpulan pelajar berkenaan.
Berasa dalam keadaan yang tidak selamat, salah seorang pelajar turut mengeluarkan telefon bimbitnya lalu merakam video wanita itu.
Menyedari dirinya dirakam, wanita itu segera meninggalkan ruang makan sambil menunjukkan isyarat lucah semasa beredar.
Laman Facebook rasmi KFC Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung insiden berkenaan.
KFC statement
KFC statement
Naib President Kanan KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan menyatakan bahawa rangkaian KFC menitikberatkan adab serta etika yang baik semasa berinteraksi dengan para pelanggan.
Sehubungan dengan itu, pekerja dalam video berkenaan telah digantung kerja selepas satu siasatan dalaman dijalankan.
Pihak KFC juga telah berhubungan dengan kumpulan pelajar berkenaan dan melahirkan rasa kesal kerana berlakunya insiden itu.
Topic Berkaitan
#Facebook
#isyarat lucah
#KFC
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan