awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy luluskan permohonan Sarawak beli vaksin CanSino - Uggah

Munirah Mudzamli
Munirah Mudzamli
23/04/2021
06:16 MYT
Khairy luluskan permohonan Sarawak beli  vaksin CanSino - Uggah
Sarawak telah memohon pembekalan lebih 600,000 vaksin CanSino dari China untuk mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di negeri itu. - Foto BERNAMA
KUCHING: Permohonan Kerajaan Sarawak membeli vaksin CanSino untuk kawasan pedalaman Sarawak telah diluluskan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Perkara ini telah disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam sidang media Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa 2 di Kuching pada Jumaat.
“Beliau (Khairy) pun telah memberi kelulusan kita untuk membeli vaksin jadi sekarang kita dalam proses perbincangan dengan pihak yang bertanggungjawab sekiranya ada sebarang masalah pembekal dari Kuala Lumpur,”kata Uggah.
Tambahnya, pemilihan vaksin CanSino adalah kerana ia hanya memerlukan satu dos sahaja.
“Cansino adalah vaksin satu dos, jadi kalau satu dos lebih senang untuk kita bawa pergi ke luar bandar”,
“Vaksin CanSino juga mudah untuk disimpan dalam suhu biasa”, jelas Uggah.
Terdahulu, Sarawak telah memohon pembekalan lebih 600,000 vaksin CanSino dari China untuk mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di negeri itu.
Sarawak mensasarkan semua penduduk di negeri itu menerima vaksin COVID-19 menjelang Ogos 2021.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Douglas Uggah Embas
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#vaksin CanSino
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan