awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy rakam tahniah kejayaan pemisahan kembar siam

Bernama
Bernama
21/03/2022
08:57 MYT
Khairy rakam tahniah kejayaan pemisahan kembar siam
Khairy Jamaluddin (tiga dari kiri) diiringi Dr Noor Hisham Abdullah (empat dari kiri) berkunjung ke Hosptal Tunku Azizah untuk melawat pasangan bayi kembar siam yang berjaya dipisahkan. - Gambar Facebook KHAIRY JAMALUDDIN
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan pembedahan Hospital Tunku Azizah (HTA), atas kejayaan pemisahan pasangan kembar siam pramatang, Daelan Hope Marshall dan Daevyn Hope Marshall pada Sabtu lepas.
Menerusi catatan di Facebooknya, Khairy menzahirkan penghargaan kepada pasukan pembedahan diketuai Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Datuk Dr Zakaria Zahari, pakar-pakar bius dan kesemua jururawat serta pembantu perubatan yang terlibat, dalam pembedahan selama 66 minit itu.
"Ini merupakan pembedahan kembar siam ketiga yang telah berjaya dilaksanakan oleh HTA sejak ia dibuka," menurut catatan itu.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada ibu bapa bayi tersebut, Deborah Anne M. Vincent Paul serta David Marshall, atas kelahiran pasangan kembar berkenaan.
Terdahulu, Khairy diiringi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, melawat Daelan dan Daevyn serta ibu bapa mereka di HTA dan turut berkongsi gambar lawatan itu.
Pembedahan pasangan kembar berkenaan dilaksanakan dengan jayanya membabitkan 13 doktor pakar termasuk enam pakar bedah kanak-kanak dari seluruh negara, serta hampir 20 jururawat dan staf dewan bedah kanak-kanak.
Bayi kembar itu dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada usia 33 minggu kandungan, sebelum kes dirujuk kepada HTA.
Disebabkan komplikasi 'extrauterine twin to twin transfusion', pakar-pakar HTA dan HRPB memutuskan supaya kedua-dua bayi itu dipisahkan pada usia 17 hari. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kembar siam
#Hospital Tunku Azizah
#Khairy Jamaluddin
#Datuk Dr Zakaria Zahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan