awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khaled Nordin 'tegur' MCA isu sistem kuota pelajar Bumiputera

Sinar Harian
Sinar Harian
10/07/2023
00:10 MYT
Khaled Nordin 'tegur' MCA isu sistem kuota pelajar Bumiputera
Tangkap layar ciapan Mohamed Khaled dan Lian Ker di Twitter pada Ahad. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Menteri Pendirikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegur MCA yang mempersoalkan tentang sistem kuota pelajar Bumiputera dalam pendidikan.
Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata, sistem itu memang diamalkan sudah lama iaitu sejak pentadbiran kerajaan BN yang turut dibarisi MCA sebagai parti komponen.
"MCA ini macam terperanjat, bukankah selama ini bersama UMNO dalam BN, kuota ini memang diamalkan. Tak pula bising masa itu," ciapnya di Twitter pada Ahad.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada tindakan Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting yang membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mempertahankan sistem kuota pelajar Bumiputera dalam pendidikan.
Dalam catatan di Facebook, Nicole menyifatkan kenyataan Anwar sebagai mundur yang menyebabkan masyarakat Cina berasa 'tertipu'.
Anwar pada Sabtu dilaporkan berkata, sistem kuota itu akan dikekalkan bagi mengimbangi jumlah pelajar daripada kaum itu di institusi pengajian tinggi (IPT).
Menjawab soalan pelajar berhubung sistem kuota dan meritokrasi dalam sistem pendidikan negara semasa program 'Temu Anwar' di Kedah, Perdana Menteri menjelaskan, jika sistem kuota tidak dikekalkan, ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam jumlah pelajar Melayu dan bukan Bumiputera.
Sementara itu, membalas ciapan Mohamed Khaled di ruangan komen, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker mendakwa, isu itu cuma lanjutan daripada janji DAP yang menjanjikan pelbagai tawaran jika berjaya menjadi kerajaan termasuk pemansuhan kuota pelajar.
Katanya, Nicole bertindak sedemikian kerana 'percaya' dengan janji DAP yang akan menghapuskan kuota pelajar Bumiputera sama seperti pengundi-pengundi Cina yang lain.
"Tinggi harapan mereka bila DAP menang dan menjadi parti terbesar dalam Kerajaan Perpaduan.
"Isu kuota menjadi isu DAP dari awal penubuhan hinggalah tercapai kemenangan," ujarnya.
Justeru, tegasnya, DAP seharusnya menarik balik janji-janji itu bagi menutup isu berkenaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kuota pelajar Bumiputera
#MCA
#Mohamed Khaled Nordin
#Menteri Pendirikan Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan