NATIONAL
Khalid Samad diserang: Anak Timbalan Menteri antara 10 dicari polis

Insiden sekitar jam 12 tenghari itu dipercayai susulan tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang memanggil Tajuddin dengan kata kesat dalam sidang Dewan Rakyat Isnin lalu. - Foto Astro AWANI
Polis Kuala Lumpur mengarahkan 10 individu yang dikenalpasti terlibat dalam kekecohan di luar lobi Parlimen pagi tadi agar tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.
Antara yang dikenalpasti adalah Firdaus Tajuddin iaitu anak kepada ahli parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
10 individu tersebut adalah;
1. Mohd Rizal Shafie
2. Arifin Mohamed Ali
3. Hasnah Md Razali
4. Erwan Halmi
5. Firdaus Tajuddin
6. Sapiah Aini Sulaiman
7. Norfirdaus Ahmad Zania
8. Azmir Ahmad
9. Mohd Saffek Mohd Saleh
10. Mohd Faizal Saidina Omar
Polis turut menyeru orang ramai terutamanya penyokong parti, ahli politik atau mana-mana individu agar tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.
Khalid bertindak demikian selepas Tajuddin mengeluarkan perkataan sinis terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami