Tulisan khat jika tidak benar-benar difahami, boleh mengakibatkan kekeliruan dan lebih teruk lagi ialah sikap prejudis, kata pensyarah kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Datin Dr Sapora Sipon di sini pada Rabu.
Beliau berkata dalam sebuah negara berbilang kaum, seperti Malaysia, agak sukar untuk mencapai keharmonian jika sesuatu perkara atau perlaksanaan dilihat dari aspek budaya emik sahaja.
"Budaya emik ialah melihat sesuatu perkara dari perspektif (sesuatu) budaya itu sahaja. Budaya etik pula melihat sesuatu merentasi budaya atau warisan dan ia menjangkaui fahaman politik dan bias budaya," katanya dalam satu kenyataan.
Media sebelum ini melaporkan beberapa pemimpin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menggesa anggota Kabinet daripada parti itu membantah rancangan Kerajaan memperkenalkan tulisan khat dalam kurikulum Tahun Empat Bahasa Melayu bermula tahun hadapan.
Mengulas lanjut, Sapora berkata dalam konteks isu tulisan khat ini, ia sememangnya bertujuan memperkayakan murid dengan pengetahuan mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.
"Ia bukan satu pembelajaran komprehensif untuk menguasai Jawi dan tiada pentaksiran akan dijalankan bagi tulisan khat. Justeru, ia harus dilihat dalam konteks gabungjalin memperkayakan seni warisan khat yang melangkau sebarang perasaan prejudis dan salah faham dari budaya lain.
"Memandangkan Malaysia adalah negara pelbagai budaya dan etnik, amalan memahami budaya warisan sendiri dan menerima kekayaan budaya kaum lain adalah penting," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 14 2019
Menurut Sapora, tulisan khat ini, ia sememangnya bertujuan memperkayakan murid dengan pengetahuan mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu. - Bernama
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
'Yuza San' kongsi budaya masyarakat majmuk Malaysia menerusi Majlis Perbandaran Hioki
Selepas mendapat banyak pendedahan mengenai Malaysia, ramai penduduk Hioki, sebuah bandar kecil di Wilayah Kagoshima, Jepun dilihat amat berminat dengan kebudayaan dan warisan negara.
Tradisi betitik oleh etnik Bajau Samah segar merentas zaman di Sabah
Tradisi betitik yang dimainkan di desa atau di bandar, mampu dikekalkan bergenerasi lamanya malah dipertandingkan secara tahunan.
'Kalau hilang budaya, apa lagi yang tinggal?'
Perjalanan ke Kg Long San Telang Usan, Baram, mempertemukan Astro AWANI dengan sepasang suami isteri yang mengabdikan diri kepada seni kraf.
[KOLUMNIS] Apa jadi kalau salah tingkah dan isyarat? Seni bahasa tubuh sendi budi bahasa
Bahasa tubuh adalah cerminan tingkah laku seseorang dalam pertuturan tanpa lisan.
Pempengaruh dunia puji budaya, keramahan rakyat Malaysia
Gambaran mereka tentang Malaysia ternyata jauh lebih baik daripada apa yang dikongsi warga asing lain.
Minoriti Siam Kelantan tidak rasa terasing, hidup harmoni dalam kemerdekaan
Asimilasi budaya yang telah sebati dan berakar umbi sejak zaman nenek moyang menjadikan mereka seperti bersaudara.
Kembara Kenali Borneo peluang kepada Agong, Permaisuri selami hati rakyat Sarawak
Kerajaan negeri telah mengatur pelbagai program untuk Seri Paduka berdua melawat pelbagai kumpulan etnik semasa kembara itu.
Festival Filem Thailand kembali ke Malaysia menerusi lima filem terkenal
Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur selaku penganjur sekali lagi membawakan lima filem terkenal sempena Festival Filem Thailand di Malaysia untuk 2023.
Festival Amerika Latin pupuk kefahaman budaya kepada rakyat Malaysia
Festival itu akan menjadi jambatan untuk mengeratkan lagi persahabatan antara negara Amerika Latin dan Malaysia.
AirAsia penerbangan pertama hubungkan KL-Kertajati, Indonesia mulai 17 Mei ini
Langkah itu memenuhi misi mendemokrasikan perjalanan udara dengan menghubungkan destinasi yang kurang mendapat perkhidmatan di rantau ini.