awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khayal akibat dadah, kemaluan penganggur dicederakan rakan wanita

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
14/11/2020
13:04 MYT
Khayal akibat dadah, kemaluan penganggur dicederakan rakan wanita
Lelaki berusia 47 tahun berkenaan dikatakan hanya menyedari kecederaan itu selepas tersedar pagi Jumaat. -Gambar hiasan/ Unsplash
GEORGE TOWN:Seorang lelaki mengalami kecederaan pada kemaluan dipercayai dihiris dengan objek tajam oleh rakan wanitanya ketika kedua-dua mereka berada dalam keadaan khayal di bawah pengaruh dadah.
Dalam kejadian di sebuah pejabat di Bandar Baru Farlim, di sini, lelaki berusia 47 tahun berkenaan dikatakan hanya menyedari kecederaan itu selepas tersedar jam 7.55 pagi Jumaat.
Dia kemudian menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan mendapati, terdahulu mangsa bersama rakan wanita berusia 38 tahun itu menghisap dadah bersama-sama di pejabat berkenaan.
"Mangsa yang merupakan penganggur mendapati kemaluannya berdarah manakala rakan wanitanya itu menghilangkan diri apabila tersedar pagi semalam.
“Mangsa mengalami kecederaan luka hirisan yang tidak serius pada kemaluan, disyaki dicederakan dengan objek tajam dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa juga mempunyai rekod rawatan psikiatri di hospital sama.
Katanya, polis kemudian menahan suspek yang masih bujang pada jam 9 pagi Jumaat di Paya Terubong, Ayer Itam.
Beberapa barang dari tempat kejadian antaranya sebilah gunting yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa turut dirampas.
Soffian berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#khayal
#penagih dadah
#cedera pada kemaluan
#teman wanita
#gunting
#berdarah
#George Town
#Bandar Baru Farlim
#Timur Laut
#polis
#Soffian Santong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan