awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khianat rumah jiran, lelaki alami masalah mental ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
18/06/2024
06:50 MYT
Khianat rumah jiran, lelaki alami masalah mental ditahan
Polis menerima laporan daripada seorang penjawat awam mendakwa tombol pintu rumahnya kemek dan rosak akibat perbuatan khianat lelaki tersebut. - Foto PDRM.
AMPANG JAYA: Seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun ditahan kerana melakukan perbuatan khianat terhadap rumah jirannya di Jalan Persiaran Ampang Ukay, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang penjawat awam mendakwa tombol pintu rumahnya kemek dan rosak akibat perbuatan khianat lelaki tersebut.
Beliau berkata, ekoran perbuatan khianat itu, suspek yang merupakan penghuni di kondominium tersebut ditahan pada jam 10.15 malam, Jumaat lalu.
"Pihak polis merampas sebatang besi bagi membantu siasatan.
"Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau iaitu kesalahan jenayah.
"Suspek dipercayai tidak bekerja dan disyaki mengalami masalah mental," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, permohonan reman selama empat hari ke atas suspek telah diperoleh daripada Mahkamah Ampang sehingga Selasa, namun dilanjutkan lagi sehingga Jumaat ini.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan kianat.
"Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau keduanya-duanya sekali.
"Orang ramai diingatkan untuk tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan kianat terhadap harta benda orang lain," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#khianat rumah jiran
#Ampang
#polis
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan