KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 untuk ke pusat peperiksaan, khususnya di jajahan Pasir Mas yang kini terjejas akibat banjir.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Dasar dan Kurikulum Datuk Pkharuddin Ghazali berkata sebanyak dua trak tiga tan digerakkan bagi mengangkut 141 calon SPM 2021 untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Kiambang.
Beliau berkata sekolah itu tidak ditenggelami banjir namun laluan untuk ke sekolah digenangi air sekitar paras 0.3 meter sekali gus menyukarkan calon untuk melalui jalan berkenaan bagi menduduki peperiksaan.
"Semalam saya berhubung dengan Panglima Briged 8 di Kem Desa Pahlawan dan pihak ATM memberikan dua trak untuk mengangkut pelajar dari jalan utama memasuki ke sekolah. Kita tidak mahu pelajar datang untuk menduduki peperiksaan dalam keadaan basah atau sebagainya.
"Operasi ini akan diteruskan sehingga paras air banjir di kawasan berkenaan surut dan jalan boleh dilalui seperti sedia kala. Dari segi penugasan, anggota ATM akan melakukan penggiliran tugas dan kita amat menghargai kerjasama ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan SPM 2021 di SMK Zainab 1, di sini hari ini.
Sementara itu, dalam perkembangan sama Pkharuddin berkata setakat hari ini sebuah lagi sekolah iaitu Sekolah Menengah Ugama (A) Diniah di Pasir Mas yang dijadikan pusat peperiksaan SPM terpaksa ditutup kerana tidak dapat digunakan disebabkan banjir selain suasana tidak kondusif untuk melakukan peperiksaan.
"Sekolah berkenaan melibatkan 19 calon SPM. Jadi secara keseluruhan seramai 723 calon di negeri ini setakat ini yang terkesan dengan musibah banjir terpaksa menangguhkan peperiksaan itu yang bermula hari ini.
"Calon berkenaan akan dibenarkan menduduki peperiksaan semula bagi sesi kedua mengikut penjadualan semula pada 4 April sehingga 28 April bersama-sama dengan calon positif COVID-19 dan calon yang menjalani tempoh kuarantin sepanjang tempoh 2 Mac hingga 29 Mac," katanya.
Mengenai tinjauan perjalanan SPM yang dilakukan itu, beliau berkata pihaknya berpuas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan COVID-19 selain pelajar juga dilihat jujur dalam menyatakan status kesihatan mereka.
"Mengikut pemerhatian sepanjang tinjauan, pelajar melakukan saringan suhu di pintu masuk sekolah selain perlu mengisi borang deklarasi saringan COVID-19. Borang ini sangat penting bagi calon menyatakan status kesihatan mereka," katanya.
Semalam media melaporkan, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan tujuh sekolah iaitu SMK Rantau Panjang; SMK Gual Periok; SMK Baroh Pial; Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Rantau Panjang; SMK Meranti; Sekolah Menengah Ugama (SMU) Al-Falah Siram; dan SMU Khairiah Banggol Setol ditutup susulan banjir di pusat peperiksaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Dasar dan Kurikulum Datuk Pkharuddin Ghazali ditemui pemberita selepas melawat calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab hari ini.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Khidmat dua trak ATM digunakan bawa 141 calon SPM 2021 ke SMK Sri Kiambang
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 untuk ke pusat peperiksaan.