awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khidmat kereta kabel dicadang sebagai penghubung di tanah tinggi Borneo

Bernama
Bernama
13/12/2022
08:59 MYT
Khidmat kereta kabel dicadang sebagai penghubung di tanah tinggi Borneo
Datuk Dr Jerip Susil berkata cadangan itu yang diterimanya baru-baru ini menyatakan perkhidmatan kereta kabel ini dapat menjadi penghubung untuk kampung-kampung tanah tinggi di situ yang tidak dapat dihubungi menggunakan jalan raya.- Foto TWITTER
KUCHING: Penduduk Tanah Tinggi Borneo dan berhampiran Empangan Bengoh dekat sini telah mencadangkan supaya perkhidmatan kereta kabel digunakan sebagai kemudahan pengangkutan di kawasan mereka.
Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil berkata cadangan itu yang diterimanya baru-baru ini menyatakan perkhidmatan kereta kabel ini dapat menjadi penghubung untuk kampung-kampung tanah tinggi di situ yang tidak dapat dihubungi menggunakan jalan raya.
"(Perkhidmatan kereta kabel) ini lebih kos efektif kerana ia meliputi kawasan lebih besar dan kita tidak perlu membina jalan raya ke kampung terbabit berhampiran empangan kerana ada kereta kabel," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mini Lab N19 Mambong For Greater Kuching Development Coordinated Agency (GKDCA) di sini, hari ini.
Menurutnya biarpun hanya di peringkat cadangan, usaha akan dibuat untuk mencari pelabur yang berminat untuk melaksanakan perkhidmatan itu yang dapat menjadi pencetus perubahan untuk merancakkan lagi aktiviti pelancongan di kawasan tanah tinggi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuching
#kereta kabel
#Datuk Dr Jerip Susil
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan