Jemaah haji di sini tidak perlu merasa terlalu gusar tentang kemudahan kesihatan buat mereka kerana Lembaga Tabung Haji (TH) bersama kerajaan Arab Saudi menyediakan kemudahan rawatan lengkap.
Pengarah Operasi (Perubatan) Madinah TH, Dr Hairul Izwan Abdul Rahman berkata, ibu pejabat TH Madinah di Dar Al-Jiffry di sini menempatkan pusat rawatan utama disokong dengan masing-masing satu klinik rawatan di tiga zon penginapan jemaah haji.
Beliau berkata, kerajaan Arab Saudi menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma kepada semua jemaah haji atas apa jenis penyakit termasuk melibatkan pembedahan dan imbas magnetic resonance imaging (MRI).
"Pusat rawatan di Dar Al-Jiffry menyediakan 37 katil pesakit, ini termasuk bilik pemerhatian dan bilik rawatan kecemasan zon kuning dan zon merah. Tiga klinik rawatan kita di Hotel Al-Haram, Hotel Moveinpick, dan Rawda Al-Aqiq.
"Kita pun sudah mendapat kebenaran beroperasi daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi pada Julai lepas. Kita bawa (dari Malaysia) pakar dan petugas dari pelbagai cabang perubatan," katanya kepada Bernama.
Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan Rukun Islam kelima itu pada musim haji tahun ini dengan dibantu 640 petugas TH.
Dr Hairul Izwan, yang juga pakar kesihatan awam berkata, selain beliau TH membawa pakar perubatan dan pakar bius, selain ahli farmasi, ahli diet, ahli fisio, pegawai perubatan, jururawat, juru sinar-x dan juruteknologi makmal perubatan.
"Kita punyai kemudahan perubatan yang lengkap di sini, bagaimanapun pesakit yang perlu rawatan lebih serius kita akan hantar ke hospital Arab Saudi dan kita akan bersama jemaah di sana bagi membantu," katanya.
Beliau berkata pada masa ini pihaknya tidak menerima banyak kes masalah kesihatan, bagaimanapun kes yang diterima melibatkan kes kesihatan kecil seperti demam, batuk, selesema, kulit kering dan sakit lutut dalam kalangan jemaah haji.
Ditanya mengenai apa yang menarik beliau menabur bakti untuk jemaah haji di sini, Dr Hairul, yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Ipoh, Perak itu berkata, apa yang dilakukannya semuanya atas nama ibadah dan bertugas di sini memberikan pengalaman yang nyata amat berbeza berbanding di tanah air.
"Saya datang ke sini bermula sebagai pegawai perubatan pada tahun 2004, kemudian 2013, 2016, tahun lepas dan tahun ini. Sememangnya kemudahan perubatan dahulu amat berbeza berbanding sekarang. Ubat dan peralatan kesihatan dibawa lebih banyak, pakar dan petugas juga lebih ramai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2019
Ibu pejabat TH Madinah di Dar Al-Jiffry menempatkan pusat rawatan utama disokong dengan masing-masing satu klinik rawatan di tiga zon penginapan jemaah haji. -Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Khidmat rawatan lengkap buat jemaah haji di Madinah
Kerajaan Arab Saudi menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma kepada semua jemaah haji atas apa jenis penyakit.