awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kibar bendera asing: PPIM gesa siasatan telus, tindakan tegas

Astro Awani
Astro Awani
31/10/2024
03:20 MYT
Kibar bendera asing: PPIM gesa siasatan telus, tindakan tegas
Nadzim menegaskan, tindakan pantas daripada pihak berkuasa perlu ada sebelum keadaan menjadi sukar dikawal. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa tegas menangani isu kibar bendera asing di tempat awam yang tular baru-baru ini.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menegaskan, tindakan pantas daripada pihak berkuasa perlu ada sebelum keadaan menjadi sukar dikawal.
“Belum reda isu bendera China dikibarkan di Perak, timbul pula kes baharu lagi bendera asing dikibarkan kali ini di Johor pula,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
“PPIM sentiasa menghormati dan menyokong tugas pihak berkuasa namun, dalam isu ini (kibar bendera asing) kita tidak boleh berkompromi.
"Apa yang kami bimbang adalah tindakan di luar jangkaan oleh orang awam yang mungkin menyebabkan ketegangan dalam negara ini,” ujar beliau.
Pada 24 Oktober lalu, tular di media sosial perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan yang mempamerkan bendera China.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, memaklumkan penganjur melanggar syarat permit yang diluluskan pada 2 Oktober lalu.
Azizi berkata, siasatan dibuat di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana pameran bendera asing di tempat awam.
Pada Selasa, media melaporkan Pesta Kebudayaan Guan Gong Antarabangsa Malaysia di Johor juga disertai delegasi dari China, Vietnam, Thailand, Filipina, Hong Kong, Singapura, dan Indonesia.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dalam satu kenyataan berkata pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung insiden tular pengibaran bendera China oleh sekumpulan individu dalam satu upacara perarakan agama peringkat antarabangsa di Sentosa, Johor Bahru.
PPIM berkata, penganjur dan peserta wajar disiasat di bawah Akta Hasutan kerana tindakan itu didakwa menghina negara serta menghasut orang lain untuk berbuat serupa.
Topic Berkaitan
#PPIM
#kibar bendera asing
#perarakan Teluk Intan
#Pesta Kebudayaan Guan Gong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan