TEMERLOH: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru penduduk negeri ini supaya mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri bagi menjayakan Bulan Kebangsaan.
Beliau berkata bendera tersebut sepatutnya dikibarkan dengan penuh rasa bangga di semua premis termasuk kediaman, perniagaan, institusi pendidikan serta pejabat kerana ia dapat membangkitkan semangat patriotik dalam diri.
"Seharusnya Jalur Gemilang dan bendera negeri ini bukan hanya dikibarkan pada bulan Ogos tetapi amalan ini seharusnya dilakukan sepanjang masa. Amalan ini seharusnya 'trending' dan dibudayakan supaya kita tidak lupa asal usul," katanya.
Wan Rosdy berkata demikian semasa berucap pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 peringkat Pahang di Semantan Walk di sini semalam, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Beliau turut menasihatkan rakyat negeri ini supaya kekal bersatu padu memastikan perpaduan kaum berterusan dengan mengelak daripada terlibat dengan apa sahaja perkara yang boleh menyebabkan persengketaan kaum yang hanya merugikan negeri dan negara.
"Hormati setiap insan dengan sikap saling menghormati yang akan menjadikan kehidupan kita lebih aman tanpa sebarang persengketaan dan permusuhan yang akhirnya akan merugikan keharmonian yang telah dibina selama ini," katanya.
Beliau berkata kestabilan politik dan negeri juga penting supaya lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar, selain menarik kehadiran pelabur yang membawa pendapatan kepada kerajaan negeri yang akhirnya dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan serta pemberian bantuan kepada mereka yang layak.
Wan Rosdy juga mengingatkan kepentingan untuk terus 'mengingatkan' golongan muda tentang perjuangan pahlawan dahulu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman dan Tok Gajah menentang penjajah supaya generasi muda tidak lupa akan pengorbanan generasi sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 14 2022
Wan Rosdy (tengah) bersama hadirin sambil mengibarkan Jalur Gemilang pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri Pahang di Temerloh malam tadi. --fotoBERNAMA
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
Kerajaan Pahang biaya kos rawatan penjawat awam negeri, pesara di SASMEC@IIUM
Kerajaan Pahang akan membiayai kos rawatan penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri itu di SASMEC@IIUM, Kuantan bermula bulan ini.
Pemantauan berterusan kekang ajaran sesat di Pahang
Rakyat di negeri ini diminta berwaspada dan berpegang teguh pada kebenaran serta nilai-nilai bersandarkan kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan selama ini.
Penjawat awam Pahang terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000 - Wan Rosdy
Kerajaan Pahang telah membelanjakan sebanyak RM100 juta menerusi Bantuan Prihatin Pahang sejak diperkenalkan pada 2022 hingga hujung 2023.
Jejambat persimpangan Bukit Setongkol-Kemunting dibuka esok
Jejambat dari persimpangan Bukit Setongkol ke Kemunting di Jalan Persekutuan (FT421), akan dibuka kepada pengguna jalan raya bermula 8 pagi esok.
Pemilik kafe Tanah Aina boleh kemuka rayuan - Wan Rosdy
Kerajaan Pahang tidak pernah menghalang warganegara Malaysia terutama rakyat Pahang untuk mengemukakan rayuan, kata Menteri Besar.
Kenyataan Nik Nazmi kurang tepat, tiada pengeluaran haram nadir bumi - MB Pahang
Kerajaan Negeri Pahang menafikan berlaku pengeluaran bahan nadir bumi oksida secara haram di kawasan hutan simpan di daerah Lipis seperti dinyatakan Nik Nazmi.
Ramadan: Waktu bekerja penjawat awam Pahang sehingga 12.30 tengah hari setiap Jumaat
Waktu bekerja penjawat awam negeri Pahang pada setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini ditetapkan sehingga 12.30 tengah hari.
Hampir 2,000 anak Pahang sertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2024
Larian bermula di Dataran DBKL kira-kira pukul 7 pagi itu dilepaskan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Wan Rosdy umum penyusunan semula portfolio exco
Keputusan dibuat selaras dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam sebagai Exco yang baharu.
Perubahan portfolio Exco Pahang diumum esok - MB
Perubahan portfolio melibatkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang akan diumumkan esok, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.