awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kibar Jalur Gemilang, pamer rasa cinta kepada negara - KP JaPen

Bernama
Bernama
21/07/2025
11:45 MYT
Kibar Jalur Gemilang, pamer rasa cinta kepada negara - KP JaPen
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Julina Johan berkata mengibarkan Jalur Gemilang adalah cerminan kepada roh perjuangan rakyat, lambang penyatuan dan semangat cinta terhadap tanah air. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Bangkitkan jiwa patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 yang akan dilancarkan di Muar, Johor pada 27 Julai ini.
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Julina Johan berkata mengibarkan Jalur Gemilang adalah cerminan kepada roh perjuangan rakyat, lambang penyatuan dan semangat cinta terhadap tanah air.
Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan setiap warganegara agar bertanggungjawab mengibarkan bendera kebangsaan dengan penuh hormat dan mengikut tatacara yang betul selaras dengan martabatnya sebagai lambang kedaulatan negara.
"Pastikan bendera yang digunakan berada dalam keadaan baik, jangan keluarkan bendera yang lusuh.
"Letakkan Jalur Gemilang pada martabat yang tinggi dan dihormati kerana Jalur Gemilang adalah lambang nilai kita sebagai rakyat Malaysia," katanya pada taklimat media berhubung Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di sini hari ini.
Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini akan diadakan pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya manakala sambutan Hari Malaysia pula berlangsung pada 16 Sept di Pulau Pinang dengan tema 'Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.'
Maklumat mengenai sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia serta acara berkaitan boleh didapati melalui portal rasmi www.merdeka360.my atau platform media sosial Merdeka360 di Facebook, Instagram dan X.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Penerangan
#Kibar Jalur Gemilang
#Hari Kebangsaan
#Hari Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan