awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilang kimia terbakar, beberapa letupan berlaku

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2025
13:14 MYT
Kilang kimia terbakar, beberapa letupan berlaku
Ahmad Mukhlis menjelaskan, kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas. - Gambar video tular
KLANG: Sebuah kilang kimia di Taman perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang, terbakar sehingga menyebabkan berlaku beberapa letupan, pada Isnin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang tadi.
Katanya, hasil siasatan awal pihaknya mendapati, letupan tersebut dipercayai berpunca daripada bahan kimia yang disimpan di pekarangan sebuah kilang.
"Terdapat kerosakan pada bangunan kilang itu dan kilang-kilang berhampiran.
"Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta unit Hazmat sedang menjalan siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar menjelaskan, kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas.
Katanya, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) sedang mengenal pasti jenis bahan kimia yang menyebabkan letupan itu.
Beliua menambah, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya sedang menunggu pemilik kilang untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
#JBPM
#letupan
#Hazmat
#kebocoran gas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan