awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Israel lancar serangan balas besar-besaran selepas anggota tentera maut
MALAYSIA
Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN dalam teknologi digital dan AI
MALAYSIA
Startup ASEAN: Langkah ke hadapan bagi integrasi serantau - Setiausaha Agung ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kilang kitar semula musnah terbakar, 20 pekerja terselamat

Bernama
Bernama
25/06/2025
13:15 MYT
Sponsor Banner
Kilang kitar semula musnah terbakar, 20 pekerja terselamat
Sebuah kilang kitar semula musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Meru, hari ini. - Foto Sinar Harian
KLANG: Sebuah kilang kitar semula musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Meru, dekat sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.14 tengah hari sebelum menggerakkan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.
"Sejurus tiba didapati sebuah kilang berkeluasan 6,000 kaki persegi sedang terbakar dan operasi pemadaman segera dijalankan sebelum api merebak ke kilang bersebelahan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata operasi melibatkan 22 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, Klang Utara, Klang Selatan dan Bukit Jelutong menggunakan empat jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua lori tangki air.
Ahmad Mukhlis berkata siasatan awal mendapati semasa kejadian kilang itu sedang beroperasi membabitkan 20 pekerja yang sempat menyelamatkan diri.
Menurutnya tiada kehilangan nyawa dilaporkan serta punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kilang kitar semula
#kebakaran
#Taman Perindustrian Meru
#JBPM Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami