KUALA LUMPUR: Biarpun impian untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian, namun penerjun negara Kimberly Bong tetap positif 'masanya akan tiba' untuk membuat penampilan sulung pada edisi 2028 di Los Angeles (LA28).
Atlet kelahiran Sarawak berusia 21 tahun itu berkata beliau tidak berkecil hati apabila namanya tidak tersenarai dalam acara Olimpik bagi penyertaannya di Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Doha, Qatar berlangsung Februari tahun depan.
Kimberly yang akan bertanding dalam acara 1 meter (m) papan anjal wanita di kejohanan itu berkata perjalanannya masih jauh dan bertekad untuk memburu slot pada temasya LA28 kelak.
"Ia bukan menjadi masalah (tidak bertanding di Paris 2024) kerana perjalanan saya masih jauh, kerana atlet senior pun tidak akan kekal lama disebabkan faktor usia dan perkara lain. Sebagai junior saya perlu tingkatkan prestasi dan bersedia untuk Sukan Olimpik akan datang.
"Tiada erti kecil hati, adat dalam sukan kita bertanding dan kita kalah. Ada kalanya kita perlu bangkit... Olimpik 2028, empat tahun itu satu jangka masa panjang dan tidak mustahil untuk saya (layak ke LA28)," katanya ketika ditemui pada Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia 2023 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.
Kimberly merupakan pemenang pingat emas acara 3m papan anjal wanita di Sukan SEA Kemboja 2023 dan menamatkan saingan di tempat keenam pada Sukan Asia Hangzhou 2022, bulan lepas.
Kejohanan Akuatik Dunia di Doha tahun depan menawarkan slot ke Olimpik Paris 2024. Pada masa ini, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee merupakan prospek utama negara dalam acara 3m papan anjal wanita.
Terdahulu, Kimberly menepati ramalan apabila mendominasi acara 3m papan anjal wanita dengan mengumpul 269.40 mata, diikuti wakil Singapura Clara Liaw yang meraih pingat perak dengan 216.80 mata.
Pingat gangsa diraih Chan Tsz Ming dari Hong Kong selepas mengutip 213.10 mata.
Gandingan Uzbekistan Igor Myalin-Vyacheslav memenangi pingat emas acara 3m papan anjal seirama lelaki dengan pungutan mata 335.94, mengatasi Adityo Restu Putra-Tri Anggoro Priambodo dari Indonesia yang mendapat 328.62 mata.
Pingat gangsa dimenangi gandingan muda negara Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim-Yong Rui Jie dengan 320.67 mata.
Dalam acara 10m platform seirama campuran pula, wakil negara Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj-Jellson Jabilin memenangi emas selepas mengumpul 266.16 mata mengatasi wakil Sarawak Jared Aiden Harold-Nurul Farisya Affendi yang meraih pingat perak dengan 197.28 mata. Acara berkenaan disertai dua wakil sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 05 2023
Kimberly tidak berkecil hati apabila namanya tidak tersenarai dalam acara Olimpik bagi penyertaan di Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Doha. - Gambar fail
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Sukan SEA: Kimberly raih emas sulung peribadi
Penerjun muda berusia 20 tahun itu mengumpul 276.30 mata dalam keseluruhan lima terjunan untuk menewaskan lapan penerjun lain.
Sukan SEA: Kimberly mahu tingkatkan tahap kesukaran terjunan
Baginya, tiada yang mustahil untuk dia beraksi sekurang-kurangnya pada tahap kesukaran 3.0 dalam acara 3m papan anjal wanila.
Dhabitah-Kimberly pamer peningkatan - Jurulatih
Biarpun tidak meraih sebarang pingat, gandingan Nur Dhabitah Sabri-Kimberly Bong telah mempamerkan peningkatan dan kematangan mereka dalam pusingan kedua Siri Dunia Terjun FINA 2019, di Beijing.
Harapan kepada badminton tuai dua emas
Daripada empat aksi separuh akhir badminton melibatkan pemain negara hari ini, hanya dua berjaya mara ke final - Datuk Lee Chong Wei dan Vivian Hoo-Chow Mei Kuan.
Si cilik Kimberly pikul tugas besar
Kimberly mengukir nama dalam sukan terjun selepas meraih masing-masing satu emas, perak dan dua gangsa di temasya Sukan Malaysia (Sukma).