Sejak pengumuman kerajaan bagi memansuhkan subsidi petrol dan diesel pada Jumaat, muncul ramai 'pakai ekonomi segera’ di media sosial.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melalui Facebook rasminya tampil memberikan penjelasan lengkap tentang cara bagaimana harga petrol dikira.
Antara petikan kemaskini KJ di FB

Khairy berkata ramai pengguna Facebook yang hanya tahu berkongsi sesuatu perkara terutamanya mengenai teori kenaikan harga minyak ini tanpa mengambil kira fakta dan kesahihan maklumat tersebut.

Antara kepilan muat naik yang turut dikongsi melalui FB Khairy

Khairy menjelaskan harga petrol di Malaysia dikira mengikut formula yang dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism atau APM.

Harga rujukan bagi kiraan APM adalah Mean of Platts Singapore (MOPS). Ini merupakan harga minyak yang sudah diproses.

Harga MOPS dicampur pula dengan beberapa kos lain:

- Kos operasi (9.58 sen/liter)
- Margin syarikat minyak (5 sen/liter)
- Margin dealer stesen minyak (12.19 sen/liter)
- 'Alpha' yakni perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar (5 sen/liter)

Jadi dengan mudah:
MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia

Mengakhiri hujahnya, Khairy berpesan supaya pengguna media sosial menyemak semua fakta dahulu, sebelum ia dikongsikan dengan pengguna lain.

Namun begitu, kemaskini status Khairy turut mengundang pelbagai reaksi pengguna Facebook.
Antara reaksi pengguna Facebook

Antara reaksi pengguna di Facebook

Antara reaksi pengguna di Facebook