JAKARTA: Kisah anak pekerja Indonesia Rohana Abdullah yang diasuh wanita Malaysia berlainan bangsa tular di pelbagai platform media di republik itu sehingga kini dan mengundang simpati masyarakat Indonesia.
Apatah lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri memberikan perhatian segera dengan menghubungi Rohana dan berjanji membantu menguruskan dokumentasi status kewarganegaraan beliau.
Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Indonesia menyokong sepenuhnya inisiatif perdana menteri, yang juga sebahagian daripada usaha dalam mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia terutama dalam soal kemanusiaan yang sangat universal.
"Saya terharu dengan kisah Rohana dan sangat menghargai usaha perdana menteri dan kerajaan Malaysia apabila dapat sepenuhnya membantu Rohana sehingga dia mendapatkan statusnya yang pasti," kata Ketua ISWAMI Indonesia, Asro Kamal Rokan.
BACA: "Saya akan hubungi Pejabat Pendaftaran Isnin ini," kata PM kepada Rohana
ISWAMI Indonesia turut memuji dan menzahirkan rasa hormat kepada Chee Hoi Lan, 83, guru tadika di tempat ibu Rohana bekerja sebagai kakitangan pembersihan kerana menjaga Rohana seperti anak sendiri sehingga kini.
"Ini soal kemanusiaan yang menjadi perhatian kita bersama," kata Asro kepada Bernama hari ini ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar Harian Metro di Malaysia yang mendedahkan dilema yang dihadapi Rohana kerana tidak mempunyai status warganegara.
Rohana ketika berusia dua bulan ditinggalkan ibunya 22 tahun lalu di tadika yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur kerana terpaksa pulang ke kampung halaman di Indonesia.
Chee menanggung segala keperluan Rohana dengan wang simpanannya sendiri termasuk menghantarnya ke Kelas Asas Fardu Ain bagi memastikan dia terjaga sebagai seorang Muslim.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata siasatan menyeluruh akan dilakukan sebelum dokumen identiti diberikan kepada Rohana.
Beliau turut difahamkan bapa kepada gadis itu adalah warganegara.
Kisah Rohana turut mengundang pelbagi komen positif warga Indonesia termasuk pengamal media sambilan di Jakarta, David Andreas, yang menyatakan perjalanan hidup Chee dan Rohana berdua sangat mengharukan.
"Patut menjadi contoh ketika perbezaan tidak menjadi halangan bagi sesiapapun untuk berbuat baik dan bersatu," katanya, sambil berharap kebaikan Chee akan dikenang dan semoga Rohana dapat bertemu dengan ibunya hasil berita yang viral di seluruh republik.
"Terharu membaca cerita ini, Rohana harus bersyukur mendapat ibu angkat yang baik hati," kata kerani pentadbiran, Herning Rini.
"Semoga urusan status (kerakyatan) dan mencari ibu kandungnya dipermudahkan."
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022

Chee menanggung segala keperluan Rohana dengan wang simpanannya sendiri termasuk menghantarnya ke Kelas Asas Fardu Ain bagi memastikan dia terjaga sebagai seorang Muslim. - Gambar/ Facebook @Gulam Muszaffar

RM5 juta kepada MBM, perkasa penyertaan belia wanita - PM Anwar
Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta setahun kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi memperkasa peranan pertubuhan itu.

HAWANA 2023: Kerajaan bincang dengan platform media sosial isu plagiat laporan berita
Kerajaan sedang mengadakan siri perbincangan dengan syarikat-syarikat penyedia platform media sosial termasuk berkaitan isu hak cipta bahan berita yang diterbitkan.

Shereen raih emas acara 400m Kejohanan NCAA di Amerika Syarikat
Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 400 meter (m) pada NCAA.

Pesawat C919 buatan China mulakan penerbangan komersial
Pesawat penumpang C919 yang dibangunkan sendiri oleh China, memulakan penerbangan komersial pertamanya dari Shanghai ke Beijing pada Ahad.

Renang: Bryan lebur dua rekod kebangsaan miliknya di London
Bryan Leong nyata berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya memperbaharui dua rekod kebangsaan miliknya menerusi acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu dan 50m gaya bebas di London.

3 maut termasuk 2 rentung dalam kemalangan di Segamat
Tiga lelaki maut termasuk dua rentung manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 172, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan Kampung Kwongsai, dekat Segamat.

KKD ambil perhatian isu perlindungan hak cipta hasil kerja pengamal media - Fahmi
Isu perlindungan hak cipta hasil kerja pengamal media adalah antara yang akan diambil perhatian oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

'Rumah tempat saya membesar...' - Issey sebak, rumah arwah ibu hangus terbakar
Penyampai radio Gegar, Issey Fazlisham sebak apabila melihat keadaan rumah arwah ibunya, Asiah Haron, di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan hangus dijilat api.

Badminton Masters Malaysia: Misi memburu kejuaraan
Dua wakil Malaysia, Pearly Tan-M Thinaah dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun bakal beraksi di pentas final Masters Malaysia 2023 petang ini.

6,750 notis kesalahan merokok libat kutipan RM1.6 juta di Pahang
Sebanyak 6,750 notis kompaun kesalahan bernilai RM1,592,100 telah dikeluarkan kepada perokok di Pahang tahun ini.

Wanita Cina besarkan gadis Islam terima Anugerah Maulidur Rasul
Seorang pesara guru tadika berbangsa Cina, Chee Hoi Lan dipilih menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun ini.

Hubungan mesra Rohana dan ibu angkat cerminan semangat Keluarga Malaysia
Hubungan yang begitu mesra antara ibu dengan anak angkat berbeza agama iaitu Chee Hoi Lan, 84, dan Rohana Abdullah, 22, memaparkan suatu situasi unik dan amat bermakna.

Rohana Abdullah ditawarkan pengajian di UTeM
Rohana menerima tawaran itu setelah mendapat taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan pada April lepas apabila kisah hidupnya tular.

Airmata gembira Rohana terima taraf kewarganegaraan
Air mata gembira mengiringi Rohana Abdullah ketika dia melangkah ke atas pentas di Kementerian Dalam Negeri hari ini untuk mendapatkan taraf kewarganegaraannya.

Tiada masalah beri sijil kerakyatan jika dokumen lengkap - Hamzah
Kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberi sijil kerakyatan jika pemohon mempunyai segala dokumen sah yang diperlukan.

Kisah Rohana tular di Indonesia, undang simpati masyarakat
Kisah anak pekerja Indonesia Rohana Abdullah yang diasuh wanita Malaysia berlainan bangsa tular di pelbagai platform media di republik itu sehingga kini dan mengundang simpati masyarakat Indonesia.