Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah penyanyi popular era 70-an Datuk Dahlan Zainuddin di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, hari ini.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Seorang Biduan itu meninggal dunia pada pukul 9.48 malam Selasa di Hospital Selayang.
Baginda tiba kira-kira jam 9.33 pagi dan turut menunaikan solat jenazah bersama-sama keluarga terdekat Allahyarham dan rakan-rakan artis yang hadir.
Dalam pada itu, Yang Di-Pertuan Agong bertitah agar keluarga Allahyarham bersabar dan menerima kehilangan dengan penuh redha.
Baginda menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat industri hiburan tanah air.
Titah baginda, penggiat seni tanah air perlu mencontohi sikap yang dimiliki oleh Allahyarham.
"Dia memberi contoh yang baik kepada masyarakat dan saya harap ramai lagi lah yang dapat mencontohi dia untuk menaikkan nama artis dan lagu-lagu dia boleh didengarkan.
"Kisah Seorang Biduan (lagu kegemaran) saya suka. Itu mencerminkan macam mana zaman muda dulu lah pergi dari desa ke bandar (untuk) berhijrah," titah baginda ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Zohor, hari ini.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.
Dahlan, 78, dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri akibat serangan strok, Sabtu lepas, yang merupakan serangan strok kedua selepas yang pertama pada tahun 2016 yang mengakibatkan Allahyarham lumpuh sebelah kiri.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Effa Rizan dan tiga anak iaitu Natasha Idha, Mohd Danial dan Nur Athinia Ines.
Hasimi Muhamad
Wed May 29 2019
Baginda tiba kira-kira jam 9.33 pagi dan turut menunaikan solat jenazah bersama-sama keluarga terdekat Allahyarham dan rakan-rakan artis yang hadir. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
#ThrowbackGempak2019: Belasungkawa... kehilangan yang akan dirindui
Al-fatihah ..
Rakan artis kongsi keperibadian Allahyarham Dahlan
Sepanjang hayatnya, Allahyarham Dahlan merupakan seorang yang disenangi ramai.
"Kisah Seorang Biduan saya suka" - Agong berkenan ziarah jenazah Dahlan Zainuddin
Penyanyi era 70-an yang popular dengan lagu Kisah Seorang Biduan itu meninggal dunia pada pukul 9.48 malam Selasa di Hospital Selayang.
Penyanyi era 70-an Dahlan Zainuddin meninggal dunia
Penghibur era 1970-an, Datuk Dahlan Zainuddin meninggal dunia di Hospital Selayang pada jam 9.45 malam Selasa.
Dahlan Zainuddin stabil selepas diserang angin ahmar
Penyanyi terkenal era 80-an, Datuk Dahlan Zainuddin, 75 dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas terkena serangan angin ahmar secara tiba-tiba dirumahnya pada Khamis lalu pukul 5 pagi.