awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#Kitalawan: Seorang daripada yang ditahan, individu diburu polis

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2015
23:28 MYT
#Kitalawan: Seorang daripada yang ditahan, individu diburu polis
MOHD MOKHTAR: Lelaki itu dikehendaki kerana pernah melakukan kesalahan serius di Kuala Lumpur pada 2009. - Gambar Fail
Seorang daripada empat lelaki yang ditahan sejurus perhimpunan #KitaLawan yang diadakan di sini petang Sabtu lalu, merupakan individu yang diburu polis.
Ketua Polis Johor Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata lelaki itu dikehendaki kerana pernah melakukan kesalahan serius di Kuala Lumpur pada 2009.
"Tindakan susulan terhadapnya akan dilakukan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan sebagai menandakan polis tidak hanya tutup mata dalam hal ini," katanya.
Mohd Mokhtar berkata demikian kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK) Johor, pada Ahad.
Serah terima tugas itu menyaksikan jawatan tersebut diambil alih Timbalan KJPJKK ACP Wahab Haron bagi menggantikan SAC Nor Azizan Anan yang bersara hari ini.
Pada Sabtu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh mengesahkan empat individu yang ditahan itu termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu Jimmy Puah dan ADUN Mengkibol Tan Hong Pin.
Kesemua mereka didapati memberi ucapan ringkas kepada kira-kira 50 peserta yang memakai baju hitam membawa sepanduk 'Tolak GST, 'Undur Najib,' 'Undur Rosmah' dan 'Kita Lawan' dalam perhimpunan yang bermula pukul 4 petang itu.
Bagaimanapun, menurut Mohd Mokhtar, setelah diambil keterangan pada malam Sabtu, tiga daripada mereka yang ditahan dibebaskan dengan jaminan polis manakala seorang lagi masih dalam tahanan.
Kesemua mereka yang ditahan berumur antara 33 hingga 44 tahun.
Topic Berkaitan
##KitaLawan
#Mohd Mokhtar Mohd Shariff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan