awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KJ: Kita kalah, tapi saya bangga dengan pasukan Malaysia

Bernama
Bernama
26/05/2014
01:21 MYT
KJ: Kita kalah, tapi saya bangga dengan pasukan Malaysia
Khairy Jamaluddin berkata beliau bangga dengan pasukan Malaysia walaupun kalah
Sekalipun Malaysia tewas pada Kejohanan Piala Thomas 2014, pasukan kita telah bermain dengan cemerlang, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
"Kita kalah. Tapi saya bangga dengan pasukan Malaysia. Mereka berjuang hingga ke saat akhir. Berjuang untuk Jalur Gemilang pada baju mereka. Untuk kita," kata Khairy dalam tweet.
"Dan Tahniah pada Jepun. Mereka umumkan pada dunia ada kuasa baru dalam sukan Badminton. Pasukan yang cukup seimbang."
Skuad badminton kebangsaan tewas kepada Jepun 2-3 di Stadium Tertutup Siri Fort di sini hari Ahad.
Khairy menulis dalam tweetnya bahawa kapten pasukan Malaysia, Liew Daren yang tewas dalam perlawanan penentu menitiskan air mata di pengakhiran.
"Tapi, kami semua beritahunya bahawa dia bermain hebat. Berjuang ke saat akhir seperti itu. Persis seorang kapten".
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Piala Thomas 2014
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan