KAMPAR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan perbincangan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan pihak terlibat berhubung caruman untuk wartawan khususnya stringer atau wartawan sambilan.
Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata beliau telah berbincang mengenai perkara itu bersama Ketua Setiausaha Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan berharap ia dapat dilaksanakan segera.
Beliau berkata pihaknya perlu meneliti isu dihadapi oleh para stringer yang tidak berkhidmat dengan organisasi atau syarikat media secara sepenuh masa.
Antara perkara yang akan diteliti, katanya, ialah apabila berlaku kemalangan dan pemberita terbabit tidak boleh bekerja namun proses rehabilitasi berkos tinggi serta tidak ditampung oleh PERKESO.
"Jadi ada beberapa perkara kita nak teliti dan tambah baik sebab bagi saya stringer melengkapkan ekosistem bagi para pengamal media dan mereka banyak membantu, maka kita nak teliti apa yang kita boleh lakukan untuk membantu lebih ramai stringer," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Fahmi menziarahi wartawan bebas Ng Kan Seng di kediamannya di sini bagi menyampaikan bantuan dan memberi sokongan kepada Ng yang kini uzur.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin; Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Bernama Nur-ul Afida Kamaludin dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama D. Arul Rajoo yang juga Pengarah Projek Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.
Fahmi yang menyampaikan sumbangan menerusi Tabung Kasih@HAWANA kepada Ng, 68, berkata wartawan bebas terbabit pernah berkhidmat di beberapa akhbar berbahasa Cina antaranya Nanyang Siang Pau, Kwong Wah Yit Poh dan Sin Chew Daily.
Beliau berkata dengan peredaran zaman mungkin sedikit sukar untuk Ng terus berkecimpung dalam bidang kewartawanan apatah lagi apabila isterinya Ting Kit Khim, 62, mengalami strok dan tidak boleh berjalan.
Katanya Ng menghabiskan masa menjaga isteri dan adiknya Ng Kin Kok, 66, yang mengalami kecederaan saraf tunjang akibat kemalangan.
"Bantuan yang kami sampaikan hari ini ada berbentuk barang-barang dan juga wang tunai yang kita harap dapat mengurangkan sedikit beban yang dipikul oleh Encik Ng," katanya.
Tabung Kasih@HAWANA diwujudkan sempena HAWANA 2023, bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.
Ia merupakan inisiatif KKD dan dilaksanakan menerusi Bernama sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan kesukaran serta cabaran hidup.
Sementara itu, Ng yang juga bapa kepada tiga anak, berkata beliau masih menulis berita terutama di sekitar Kampar meskipun tidak bergaji tetap.
Ng turut berterima kasih kepada Fahmi, Bernama dan semua pihak yang terlibat dalam membantu meringankan beban beliau serta keluarga.
Terdahulu di Batu Gajah, Sekretariat HAWANA 2023 menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada pemberita sambilan Bernama Razif Rosli yang menghidap penyakit buah pinggang.
Bantuan disumbangkan oleh KKD, Bank Rakyat Malaysia Berhad, Pusat Pakaian Hari-Hari, Mydin, Aeon Big, MSM Malaysia Holdings Berhad dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Selain Ng dan Razif, seramai 10 lagi pengamal media telah menerima sumbangan Tabung Kasih@Hawana sejak 14 April 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (kanan) ditemui media ketika menziarahi wartawan bebas beberapa akhbar Cina, Ng Kan Seng pada program Tabung Kasih@HAWANA 2023 di kediaman wartawan tersebut di Mambang Di Awan hari ini. - Foto BERNAMA
Palestin minta AS campur tangan halang Israel takluk Rafah
Pihak berkuasa Palestin (PA) pada Isnin melakukan libat urus dengan pihak tertentu secara intensif untuk menghalang rancangan Israel menyerang Bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza.
Ia susulan Tentera Israel mengeluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah pada Isnin dan menggesa mereka bergerak ke pekan al-Mawasi di selatan Gaza.
Ia susulan Tentera Israel mengeluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah pada Isnin dan menggesa mereka bergerak ke pekan al-Mawasi di selatan Gaza.
Israel arah penduduk Gaza berpindah
Israel melakukan serangan udara di Rafah pada Isnin dan memberitahu rakyat Palestin supaya mengosongkan bahagian bandar di mana lebih daripada sejuta orang dipindahkan akibat perang yang berlangsung selama tujuh bulan.
Kesemua bandar tersebut dikatakan bergelumang dengan keadaan kotor sehingga menyumbang kepada penyebaran cirit-birit dan penyakit lain.
Kesemua bandar tersebut dikatakan bergelumang dengan keadaan kotor sehingga menyumbang kepada penyebaran cirit-birit dan penyakit lain.
Insiden hon ketika pengebumian: Kertas siasatan lengkap, tunggu bahagian perundangan
Kertas siasatan kes itu dihantar ke Bahagian Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah negeri untuk penilaian sebelum tindakan lanjut.
Kekejaman zionis: Dunia perlu kuatkuasa undang-undang antarabangsa terhadap Israel
Negara-negara kuasa besar perlu menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang antarabangsa sekiranya Israel tidak bersetuju dengan cadangan genjatan senjata terbaharu yang telah dipersetujui Pejuang Hamas, pada Isnin.
Hamas umum terima perjanjian gencatan senjata
Al-Jazeera melaporkan Hamas setuju terima pelan gencatan senjatan tiga fasa yang dikemukakan pasukan pengantara, Mesir dan Qatar.
Media main peranan sumber maklumat kerajaan kepada isu rakyat
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa pengamal media mengamalkan sikap bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan laporan.
Faisal alami kelecuran tahap empat, enam bulan pemulihan
Pemain sayap sensasi skuad Harimau Malaya Mohamad Faisal Abdul Halim atau dikenali Faisal Halim disahkan mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembedahan pertama pada Ahad.
Malaysia tidak campur urusan perniagaan syarikat pertahanan
Malaysia adalah sebuah negara perdagangan bebas yang memberi ruang kepada semua pemain industri global untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di Malaysia.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Malaysia mengambil pendekatan untuk tidak campur tangan dalam urusan perniagaan mana-mana syarikat global dengan mana-mana negara tertentu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Malaysia mengambil pendekatan untuk tidak campur tangan dalam urusan perniagaan mana-mana syarikat global dengan mana-mana negara tertentu.
Iran, Turki sambut baik tindakan Hamas terima cadangan gencatan senjata
Langkah Hamas penting dari segi "kecerdasan politik penentangan" dan Israel digesa lakukan perkara yang sama.
863 polis, tentera dan pasangan akan mula mengundi awal
Seramai 625 anggota polis, 238 orang tentera dan pasangan akan mengundi awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), hari ini.
KKD sekat platform media sosial rosak moral masyarakat secara berterusan - Fahmi
KKD secara berterusan melaksanakan tindakan sekatan ke atas platform media sosial dengan kandungan atau paparan yang boleh mempengaruhi, menjejas serta merosakkan moral masyarakat.
Berbaki kurang 4 peratus untuk Malaysia capai sasaran liputan 5G - Fahmi
Rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di Malaysia telah mencapai 76.1 peratus setakat 30 Nov lepas, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
KKD bincangkan kerjasama hasilkan filem Malaysia mengenai kesedaran tentang penipuan
Timbalan Menteri berkenaan Teo Nie Ching berkata filem seperti itu dijangka diterbitkan oleh pengeluar filem tempatan yang akan bekerjasama dengan Finas dan PDRM.
Program Solidariti Palestin, manifestasi sokongan KKD terhadap rakyat Palestin
Penasihat PCKKD berbangga dengan penganjuran program julung kali diadakan dan berharap inisiatif itu turut menjadi contoh kepada agensi lain.
KKD panggil penyedia aplikasi media sosial bincang isu iklan jelik
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil beberapa penyedia aplikasi media sosial bagi berbincang berhubung isu kandungan iklan jelik di platform yang terlibat.
KKD teliti guna teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi
Fahmi Fadzil berkata sekiranya teknologi itu dapat dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, dasar "di mana ada jalan, di situ ada Internet" dapat dicapai dan dilaksanakan dengan baik.
Kerajaan kaji keperluan lesen penyedia platform besar Google, Meta, TikTok
Kerajaan masih mengkaji keperluan untuk melesenkan atau mendaftarkan penyedia platform besar seperti Google, Meta dan TikTok.
Pendapatan iklan: Organisasi media jadi teraju, KKD sedia bantu
Organisasi media Malaysia boleh menerajui perkongsian pendapatan pengiklanan dengan platform media sosial global dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk membantu.
22 syarikat produksi terima insentif tayangan filem hampir RM2 juta
ITFC merupakan inisiatif KKD melalui Finas bagi membantu dan menggalakkan penerbit filem menghasilkan filem cereka tempatan.
Isu kandungan berkaitan Palestin diturunkan: Fahmi jumpa wakil TikTok, Meta
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan isu melibatkan kawal selia kandungan.