awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan

Bernama
Bernama
07/06/2023
21:00 MYT
KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Hour of Code #Mygirlscan bersempena International Girls In ICT Day 2023 di Sekolah Kebangsaan Bangsar. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.
Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata kementerian memberi peluang kepada Telegram untuk berbuat demikian kerana platform media sosial itu menghubungi pihaknya baru-baru ini, walaupun MCMC telah memberikan syor yang sangat tegas.
"Saya telah menerima beberapa syor yang sangat tegas daripada MCMC tapi kita memberi ruang kepada Telegram untuk menghubungi MCMC kerana Telegram telah menghubungi pejabat saya (baru-baru ini).
"Maka sekiranya ada kesediaan Telegram untuk duduk semeja dengan MCMC dan Bukit Aman, saya percaya isu sebaran bahan lucah, jualan dadah, scam dan maklumat palsu (di platform berkenaan) dapat diberi perhatian oleh Telegram," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan kempen Hour of Code sempena International Girls in ICT (GICT 2023) di sini pada Rabu.
Pada 3 Jun, Fahmi berkata kerajaan akan memastikan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas Telegram tidak akan terlalu menjejaskan pengguna platform tersebut.
Beliau berkata pihaknya sedar aplikasi tersebut banyak digunakan khususnya oleh komuniti tertentu seperti sekolah dan pengamal media untuk menghantaran video dan imej.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#KKD
#Telegram
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan