awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKD rangka program memperingati jasa Tun Dr Ismail

Bernama
Bernama
10/07/2023
22:45 MYT
KKD rangka program memperingati jasa Tun Dr Ismail
Kementerian Komunikasi dan Digital sedang merangka satu program bagi memperingati jasa bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang merangka satu program bagi memperingati jasa bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
Menteri berkenaan, Fahmi Fadzil berkata, program itu yang akan dilaksanakan di Kelab Sultan Sulaiman di sini pada 2 Ogos ini, bertujuan mendidik generasi muda mengenai sumbangan negarawan itu dalam membangunkan negara ini.
"Ia bukan sekadar memperingati beliau tetapi jasa dan bakti beliau dalam usaha pembentukan sebuah negara bersama dengan tokoh besar tanah air dan ini kita harap jadi satu penghormatan kepada usaha Allahyarham agar generasi baharu tidak lupa bahawa negara kita ramai pejuang-pejuang yang telah berusaha," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu pada program Ruang Bicara bertajuk "Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023" terbitan Bernama TV malam tadi.
Mengenai tema Bulan Kebangsaan tahun ini iaitu "Tekad Perpaduan Penuhi Harapan", Fahmi berkata, isu perpaduan dan kestabilan merupakan perkara yang amat penting untuk diketengahkan bagi melahirkan masyarakat yang bersatu hati.
"Kedua yang bagi saya penting frasa penuhi harapan ini merujuk kepada hasrat, iltizam, keinginan, dan kemahuan rakyat...kalau kita fikirkan dalam konteks kemerdekaan erti mewujudkan sebuah negara bangsa kita sebagai rakyat biasa ada peranan masing-masing untuk memenuhi harapan, apakah harapan pembentukan Malaysia itu," katanya.
Pelbagai program menarik akan disajikan kepada rakyat sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Bulatan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh, Perak, pada 16 Julai ini, diikuti Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept berlangsung di Kuching, Sarawak.
Selain itu, antara program yang akan dilaksanakan ialah Forum Perdana Ehwal Islam, 6600 Langkah Perpaduan, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG 2023).
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tun Dr Ismail Abdul Rahman
#Bulan Kebangsaan
#Kementerian Komunikasi dan Digital
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan