KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menyeru usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini untuk menggunakan platform pengiklanan tempatan bagi memasarkan produk masing-masing.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata tindakan itu dapat membantu mengembalikan hasil perbelanjaan pengiklanan itu ke dalam kitaran ekonomi negara.
"Harapan saya pada PKS dan juga pihak lain, pertimbangkanlah guna platform tempatan untuk kita pastikan lebih banyak perbelanjaan pengiklanan dapat dikitarkan di dalam negara kita," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Dana Iklan Digital "OHSEM" di sini hari ini.
Pada 1 Ogos lepas, Fahmi dalam hantaran menerusi X (Twitter) berkata KKD akan memulakan proses libat urus dengan penyedia platform besar seperti Google, Meta dan TikTok bagi mengembalikan hasil perbelanjaan pengiklanan kepada organisasi media di negara ini.
Menurut beliau, inisiatif itu dijangka sedikit sebanyak akan membantu industri media menjana pendapatan tambahan.
Pada masa yang sama, beliau mengharapkan lebih banyak platform tempatan dapat diwujudkan bagi membuka peluang kepada usahawan PKS untuk berbuat demikian dan mereka perlu bertanggungjawab memastikan usahawan PKS mendapat pulangan daripada perbelanjaan pengiklanan yang dilakukan.
Untuk tujuan itu juga, katanya kerajaan sedang meneliti beberapa perkara untuk memastikan ekosistem pengiklanan media tempatan bukan sekadar mampu hidup, tetapi juga benar-benar mampan.
"Situasi 'menang-menang' ini insya-Allah boleh dicapai dengan pendekatan teknologi baharu berteraskan data dan pengiklanan, teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI). Saya yakin sekiranya kesemua platform tempatan dapat bekerjasama secara bersepadu, aspirasi ini mampu dicapai," katanya.
Sementara itu, Fahmi berkata Dana Iklan Digital "OHSEM" bernilai RM21 juta yang dilancarkan hari ini juga adalah antara inisiatif untuk menggalakkan usahawan PKS membuat pengiklanan menerusi platform kandungan tempatan.
Beliau berkata inisiatif itu dijangka dapat memberi impak kepada tiga penjuru ekonomi iaitu PKS, platform kandungan tempatan serta ekonomi negara.
"Ekonomi digital merupakan sebahagian besar daripada masa hadapan dan antara penyumbang utama kepada pendapatan negara.
"Dengan pertumbuhan ekonomi PKS tempatan melalui usaha sebegini, insya-Allah hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai 'Harimau Digital Asia' dapat direalisasikan sejajar usaha negara menghampiri dekad keemasan digital," katanya.
Dana Iklan Digital "OHSEM" yang diadakan bersempena dengan acara OHSEM Marketing 360 bersama Media Prima ialah kerjasama antara Dattel Asia Group (DTL), REV Media Group (REV) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Menerusi dana itu, usahawan PKS boleh mendapat akses kepada pengiklanan yang bernilai RM8,000 dengan bayaran RM1,000 sahaja dan maklumat lanjut boleh didapati melalui www.ohsemads.com.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023
Fahmi berkata tindakan itu dapat membantu mengembalikan hasil perbelanjaan pengiklanan itu ke dalam kitaran ekonomi negara. - Gambar Bernama
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
RUU MCMC ditangguhkan, dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 ditangguhkan bagi memberi ruang kepada semua pihak berkaitan untuk memperhalusi dan meneliti perkara tersebut.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
Pindaan RUU 588: Jamin tindakan proaktif platform media sosial tangani pelanggaran undang-undang - Fahmi
Pindaan membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan notis kepada platform berkenaan agar mengambil tindakan.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus.