awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKDW garis empat fokus utama hala tuju 2025 - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
17/01/2025
04:20 MYT
KKDW garis empat fokus utama hala tuju 2025 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata hasil sesi pemukiman pada tahun lepas, KKDW telah melaksanakan penjenamaan semula Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS). - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menggariskan empat fokus utama iaitu pembangunan modal insan, keusahawanan, ekonomi dan reformasi birokrasi sebagai tunjang hala tujunya tahun ini, kata menterinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata perkara berkenaan akan diperhalusi pada sesi pemukiman beliau bersama 140 warga kementerian, terdiri daripada pengurusan tertinggi, pegawai kanan serta jabatan dan agensi di bawah KKDW, bermula petang ini hingga Ahad di Bahang Bay, Pulau Pinang.
"Insya-Allah, lebih banyak idea dan game changer (pencetus perubahan) baharu akan lahir daripada sesi pemukiman kali ini, sekali gus memacu potensi pedesaan dengan lebih berkesan," katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook hari ini.
Ahmad Zahid berkata hasil sesi pemukiman pada tahun lepas, KKDW telah melaksanakan penjenamaan semula Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) yang memberikan nafas baharu dan imej lebih positif dan mesra.
Selain itu, katanya kadar bantuan bagi projek bina baharu rumah di Semenanjung Malaysia dinaikkan daripada RM66,000 kepada RM79,000, iaitu peningkatan sekitar 20 peratus, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan naik kira-kira lapan peratus daripada RM79,000 kepada RM85,000.
Menurut Ahmad Zahid, kos baik pulih rumah turut diselaraskan daripada RM15,000 di Semenanjung Malaysia dan RM17,000 di Sabah, Sarawak dan Labuan, kepada RM20,000.
"Menariknya lagi, keluasan binaan rumah ditambah daripada 660 kaki persegi kepada 680 kaki persegi supaya dapat memberikan sedikit keselesaan kepada penerima berdasarkan kesesuaian tapak dan lokasi yang diterima," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#KKDW
#fokus utama
#keusahawanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan