KUALA LUMPUR: Perjalanan rentas negeri untuk balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri akan datang hanya boleh ditentukan selepas penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, untuk membuat keputusan tidak mudah memandangkan balik kampung merupakan salah satu penyumbang utama peningkatan kes jangkitan COVID-19.
"Saya ambil contoh negeri Kelantan. Sebelum ini Kelantan negeri hijau, tetapi ia menjadi negeri merah selepas perjalanan balik kampung pada Disember.
"Sama juga dengan Sarawak. Ia juga dahulunya negeri hijau, tetapi selepas musim balik kampung untuk Krismas, kita dapat tengok Sarawak jadi negeri merah dan sehingga hari ini, masih ada beberapa bahagian yang merah," katanya ketika ditemubual Jep, Rahim dan Angah dalam segmen Pagi Di Sinar, hari ini.
Tambah Ismail Sabri, KKM menjangkakan jumlah kes baharu boleh diturunkan ke angka 500 sekitar Mei depan, namun tidak dapat dipastikan berapakah jumlah angka yang dikira selamat untuk membolehkan perjalanan balik kampung dibenarkan.
Dalam pada itu, Ismail Sabri menjelaskan perjalanan rentas negeri untuk aktiviti pelancongan hanya dibenarkan daripada negeri hijau ke negeri hijau melalui agensi pelancongan.
"Ramai yang masih salah faham. Melancong hanya dibenarkan dari negeri hijau ke negeri hijau dan melalui agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan.
"Ini kerana, melancong dengan agensi memudahkan kawalan SOP. Contohnya, kalau pelancong itu pergi sendiri, mungkin dia akan melencong ke tempat lain.
"Tetapi dengan agensi berdaftar, semua sudah diaturkan termasuk pengangkutan yang sesuai. Jadi mudah untuk dikawal dan pelaksanaan SOP boleh dipantau," ujarnya.
Madiha Abdullah
Mon Apr 05 2021

Kata Ismail, tidah mudah buat keputusan memandangkan balik kampung merupakan salah satu penyumbang utama peningkatan kes jangkitan COVID-19. - Foto BERNAMA

COVID-19: Nasihat perjalanan CDC AS bukan perkara luar biasa - Pakar
CDC AS pada masa yang sama juga mengeluarkan nasihat yang sama ke atas kebanyakan negara Eropah dan Canada.

13 pesakit COVID-19 maut dalam kebakaran hospital
Saksi kejadian melaporkan terdengar bunyi letupan pada unit penyaman udara di unit rawatan rapi (ICU) sebelum kebakaran bermula.

Kerajaan Sabah beri bantuan RM500 sempena Aidilfitri kepada penjawat awam
Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri 2021 kepada penjawat awam negeri berjumlah RM500.

Penjual kuih didakwa sebabkan kematian anggota polis
Tertuduh, Mohd Arafat didakwa menyebabkan kematian Muhammad Iqbal dengan memandu secara berbahaya serta menghimpit motosikal mangsa.

Terbuka Stuttgart: Halep mulakan aksi dengan bergaya
Pemain pilihan kedua itu sedang memburu final pertamanya di Stuttgart dan kelihatan berada dalam prestasi terbaik apabila hanya memerlukan 56 minit untuk menewaskan Vondrousova 6-1, 6-3.

Dialog | Desentralisasi sistem pendidikan negara
Persoalan tentang perlunya sistem pendidikan negara dirombak semula berbangkit apabila semakin ramai graduan yang menganggur ketika ini. Pensyarah Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad berpendapat ia berakar daripada warisan sistem diperkenalkan penjajah untuk mengawal pemikiran masyarakat ketika pendudukan mereka di negara ini.

Apa makna nasihat perjalanan AS kepada Malaysia
Untuk bercakap mengenai perkara ini kita bersama Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar.

Penjawat awam Selangor diberi bantuan khas setengah bulan gaji atau RM1,000
Amirudin berkata pembayaran BKK itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM22.675 juta.

Dua penuntut UMP ditemukan lemas di Air Terjun Pandan
Mangsa A. Sharvin Ananth, 23, dan R.Goobi, 23, difahamkan ke air terjun itu bersama sembilan lagi rakan untuk beriadah.

MAQIS rampas 48 tan udang dari Iran
Hasil pemeriksaan rutin dilakukan oleh pegawai penguat kuasa pada 12.30 tengah hari itu mendapati dua kontena terbabit membawa 4,000 kotak udang sejuk beku tanpa permit import yang sah.

108 operasi sanitasi, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Sebanyak 108 operasi sanitasi dilakukan meliputi 33 zon merah, zon jingga (7), zon kuning (12) dan zon hijau (3) di seluruh negara pada Rabu.

COVID-19: PKPD di 2 lokaliti di Johor, Kelantan bermula esok - Ismail Sabri
Kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan PKPD di SMKA Johor Bahru, Johor dan Maahad Tahfiz Al-Quran, Al-Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan bermula 23 April sehingga 6 Mei 2021.

230 individu ditahan ingkar SOP PKP, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Antara kesalahan utama yang direkodkan adalah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (77), tidak memakai pelitup muka (52) dan aktiviti pusat hiburan (31).

Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Kelantan
Ia selepas kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP di tiga lagi jajahan di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

PKPD di 2 lokaliti di Sarawak tamat, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster terkawal di kawasan terbabit.

PKPD di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Machang mulai esok
Ismail Sabri Yaakub menjelaskan keputusan melaksanakan PKPD di MTAQ, Pulai Chondong dibuat setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.

196 ditahan ingkar PKP, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Seramai 196 individu ditahan kerana ingkar SOP dengan 191 dikompaun manakala lima lagi direman.

PKP di Mukim Endau dan Triang di Mersing berkuat kuasa esok
PKP di kedua-dua lokaliti ini diperlukan kerana masih terdapat kes baru dikesan walaupun telah melebihi dua tempoh inkubasi

158 individu ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri
Seramai 158 individu ditahan pada Sabtu atas kesalahan ingar prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara.

Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan dikenakan PKPD tengah malam ini
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan bermula tengah malam ini sehingga 2 Mei depan.