Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran kepada semua penjual atau ejen produk makanan supaya menghentikan pengiklanan yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 .
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM memandang serius penjualan dan pengiklanan produk seperti produk susu tertentu yang membuat akuan yang dilarang dan tular di media elektronik, media sosial, serta media cetak.
"Pernyataan seperti membantu merendahkan tekanan darah tinggi, membantu membuang toksik daripada badan, meningkatkan metabolisme, mengawal selia pengeluaran insulin dan pergerakan oksigen, mengurangkan obesiti dan sebagainya adalah dilarang pada label dan iklan produk makanan.
KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah mengambil tindakan ke atas pihak yang mengedar atau menjual produk makanan tersebut yang tidak mematuhi mana-mana perundangan berkaitan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.
Menurutnya, Seksyen 17 Akta Makanan 1983 menetapkan larangan ke atas sesuatu iklan makanan termasuk perkara-perkara yang dilarang pada label dan pernyataan yang boleh memperdayakan pengguna.
Selain itu, katanya Peraturan 18(6), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan bahawa label makanan tidak boleh mengandungi akuan kesihatan seperti mencegah, mengurang, merawat dan menyembuhkan sesuatu penyakit.
"Kegagalan mematuhi mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 merupakan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun," katanya.
Beliau berkata pada masa yang sama pihaknya dari semasa ke semasa turut melakukan operasi bagi memastikan pematuhan produk makanan ke atas Akta Makanan 1983.
"Menerusi satu operasi khas Oktober lalu, sebanyak 506 premis makanan telah diperiksa dan sebanyak 2,135 produk makanan bernilai RM60,494.53 telah disita.
"Sejumlah 47 notis turut dikeluarkan dengan keseluruhan nilai kompaun RM113,500.00 kepada pemilik premis makanan yang gagal mematuhi peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya," katanya.
Dr Noor Hisham berkata selain itu KKM turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta pentadbir laman sosial seperti Facebook dan Instagram untuk menyekat akses kepada laman sesawang dan laman sosial setiap produk makanan yang didapati tidak mematuhi akta berkenaan.
"Sehingga kini, sejumlah 103 laman web dan laman sosial telah disekat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 06 2019
Banyak produk susu yang mendakwa boleh merawat pelbagai masalah kesihatan. - Gambar hiasan
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
KKM beri amaran kepada penjual susu supaya hentikan iklan akuan palsu
KKM memandang serius penjualan dan pengiklanan produk seperti produk susu tertentu yang membuat akuan yang dilarang dan tular di media.