PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tanpa menyebut jangka masa muktamad, katanya ia menjadi tanggungjawab beliau selaku Menteri Kesihatan malah pernah membangkitkan di mesyuarat pasca Kabinet agar laporan AEFI didedahkan kepada umum.
"Pokoknya, kami (KKM) tidak akan menyembunyikan apa-apa berkaitan AEFI kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat.
"(Ini kerana) ia (data) diminta oleh banyak pihak termasuk orang awam. Kita ada simpan (rekod) daftar mengenai AEFI, memang kita simpan satu daftar dan memang ada, bahkan semua yang dalam data, termasuk yang meninggal (dunia), kita ada simpan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Prapelancaran Persidangan Penjagaan Kesihatan Antarabangsa (MIH) Megatrends 2024 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat sebarang laporan mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Malaysia, seperti dilaporkan di Indonesia semalam.
Mengikut laporan Bernama semalam, Suruhanjaya Nasional untuk Kajian dan Pencegahan Peristiwa Mudarat Berikutan Imunisasi bersama-sama Kementerian Kesihatan dan Agensi Makanan dan Ubat-Ubatan (BPOM) Indonesia mengesahkan tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia'' yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di negara itu.
Sementara itu, ditanya sama ada beliau sudah menerima penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19, beliau berkata setakat ini masih menunggu penjelasan rasmi berkenaan perkara itu.
Sebelum ini, Dzulkefly dilaporkan berkata syarikat itu harus bertanggungjawab dengan mengemukakan penjelasan yang teliti dan telus bukan sahaja kepada Malaysia malah seluruh dunia bagi mengelak berlakunya kebimbangan awam.
Mengenai MIH Megatrends, beliau berkata persidangan tiga hari itu akan menjadi satu platform yang bakal menghimpunkan kira-kira 1,000 pemain industri kesihatan bagi berkongsi kepakaran mengenai strategi kesihatan terkini dan penyelesaian terbaik menerusi kerjasama pintar pelbagai pihak.
" Hasil daripada Megatrends akan menjadi penting untuk memajukan sains perubatan, meningkatkan penyampaian penjagaan kesihatan, memupuk kerjasama dan menggalakkan pembelajaran berterusan dalam kalangan profesional," katanya.
Terdahulu, beliaumenyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara KKM dan KPJ Healthcare Berhad yang akan menjadi rakan strategik kementerian dalam menjayakan MIH Megatrends yang bakal berlangsung pada 25 hingga 27 Okt depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika bertemu pengamal media selepas pra pelancaran The Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2024 hari ini. - Foto BERNAMA
Kastam Kelantan rampas daging babi bernilai lebih RM200,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram daging babi sejuk beku dianggar bernilai RM227,920 dalam Operasi Palang Timur pada 5 Mei lepas.
Peraturan EU yang lebih ketat mengenai eksport sisa kepada bukan negara EU berkuat kuasa Isnin
Peraturan yang lebih ketat mengenai eksport sisa dari Kesatuan Eropah (EU) ke negara bukan EU akan berkuat kuasa pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pentadbiran Israel kini kacau bilau
Tekanan demi tekanan daripada masyarakat dan kepimpinan dunia mula menunjukkan impak terhadap kedudukan pengurusan rejim Israel.
Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang semarakkan lagi semangat sambutan Bulan Kebangsaan
Kementerian Komunikasi akan mengetegahkan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) bagi menyemarakkan semangat sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
[TERKINI] Helikopter dinaiki Presiden Iran dilapor terhempas
Helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi serta delegasi terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Ahad. Puncanya pendaratan yang disorot media-media antarabangsa sebagai 'hard landing' itu bagaimanapun masih belum jelas. Pihak kecemasan telahpun digegaskan ke lokasi bagi memberikan pertolongan sewajarnya kepada kesemuanya yang terlibat.
Komuniti Madani sebagai medium menyalurkan maklumat yang sahih
1,878 komuniti Madani ditubuhkan untuk bantu salurkan mesej daripada Kerajaan Persekutuan sampai ke peringkat akar umbi khususnya seperti isu 3R
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter dinaiki Presiden Iran dilapor terhempas
Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas.
Abang Johari saran wujudkan mekanisme kawal inflasi agar pekerja dapat manfaat penuh kenaikan gaji
Satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengawal inflasi secara efektif untuk memastikan pekerja memperoleh manfaat sepenuhnya daripada kenaikan gaji, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Ketirisan diesel subsidi lebih RM1.2 juta sehari di Bukit Kayu Hitam
Negara mengalami ‘ketirisan’ diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM1.2 juta sehari, akibat aktiviti penyeludupan menggunakan kenderaan asing di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Aktivis teater ASWARA Rosminah Tahir meninggal dunia
Aktivis teater ternama tanah air, Rosminah Tahir menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat, di sini, sekitar petang tadi.
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Hanya 4 kes AEFI serius babit kanak-kanak di Perak
Bagi remaja pula, sebanyak 23 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama.
Hanya 31 kes AEFI penerima vaksin COVID-19 kanak-kanak setakat ini
Jumlah itu merupakan daripada keseluruhan 1.76 juta atau 49.8 peratus kanak-kanak yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 sehingga 2 Ogos lepas.
AEFI: JFK dapati tiada hubung kait kematian dengan dos penggalak
Penilaian terhadap 25 laporan yang telah lengkap penyiasatan dan mendapati kes-kes kematian terlibat tiada hubung kait dengan vaksin dos penggalak COVID-19 yang diterima.
25 laporan AEFI libat kematian tiada kaitan dengan dos penggalak
25 laporan itu adalah daripada 56 laporan AEFI melibatkan kematian dalam kalangan penerima vaksin dos penggalak yang diterima NPRA bagi dilakukan penyiasatan dan penilaian.
Majoriti AEFI golongan kanak-kanak tidak serius - NPRA
Majoriti atau 97 peratus daripada 207 laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) vaksin COVID-19 bagi golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang diterima tidak melibatkan kesan serius.
451 laporan AEFI selesai disiasat dan dinilai, tiada kes kematian hubung kait dengan vaksin
156 laporan lagi masih dalam proses penyiasatan sebelum dinilai oleh Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK).
Hanya dua dalam sejuta kanak-kanak alami anafilaksis selepas vaksin - Dr Musa
Beliau berkata demikian berikutan terdapat segelintir ibu bapa bimbang dengan risiko implikasi daripada kedua-dua jenis vaksin berkenaan.
AEFI: 22 daripada 45 laporan kematian tiada kaitan dos penggalak
Rumusan terhadap 22 kematian itu telah dinilai Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK) manakala 23 laporan kematian lagi sedang dalam proses untuk dilengkapkan.
Lapor, dapatkan rawatan jika alami kesan serius vaksin - KP Kesihatan
Penerima vaksin COVID-19 yang mengalami kesan sampingan serius atau berpanjangan dinasihat merujuk kepada fasiliti kesihatan berhampiran dan mendapatkan rawatan segera.