Ringkasan AI
- Kementerian Kesihatan memberi tempoh sehingga 7 Oktober 2026 kepada pegawai perubatan lantikan tetap Fasa 2/2026 untuk melapor diri di fasiliti penempatan.
- Seramai 4,255 pegawai perubatan telah ditawarkan penempatan melalui sistem ePlacement berkuat kuasa mulai 28 September lalu.
- KKM menggesa semua pihak tidak membuat kesimpulan awal dan memberi ruang kepada kelancaran proses penempatan yang masih berlangsung.
KUALA LUMPUR: Pegawai perubatan lantikan tetap Fasa 2/2026 yang masih belum melapor diri di fasiliti penempatan masing-masing diberi tempoh sehingga 7 Okt untuk melengkapkan urusan berkenaan.
Kementerian Kesihatan (KKM) berkata proses lapor diri bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 yang dilantik secara tetap itu masih berlangsung.
Menurut kementerian, seramai 4,255 pegawai perubatan ditawarkan penempatan menerusi sistem ePlacement bagi lantikan Fasa 2/2026 yang berkuat kuasa mulai 28 September lalu.
"KKM menyeru semua pegawai perubatan yang masih belum melapor diri untuk segera berbuat demikian.
"Pegawai yang terlibat diingatkan untuk melengkapkan urusan lapor diri di Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing sebelum tarikh akhir yang ditetapkan, iaitu pada 7 Oktober 2026," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sehubungan itu, KKM memohon semua pihak supaya tidak membuat sebarang kesimpulan awal berhubung proses penempatan berkenaan.
KKM berkata semua pihak juga diminta memberi ruang kepada kelancaran proses penempatan yang masih sedang berlangsung itu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tarikh akhir untuk pegawai perubatan lantikan tetap Fasa 2/2026 melapor diri?
A: Tarikh akhir untuk melapor diri adalah pada 7 Oktober 2026. - Q: Berapakah jumlah pegawai perubatan yang ditawarkan penempatan bagi lantikan Fasa 2/2026?
A: Seramai 4,255 pegawai perubatan ditawarkan penempatan melalui sistem ePlacement bagi lantikan Fasa 2/2026. - Q: Apakah saranan Kementerian Kesihatan kepada pegawai perubatan yang belum melapor diri?
A: Kementerian Kesihatan menyeru semua pegawai perubatan yang belum melapor diri untuk segera melengkapkan urusan lapor diri di Pusat Tanggungjawab masing-masing sebelum tarikh akhir. - Q: Apakah permintaan Kementerian Kesihatan kepada semua pihak berhubung proses penempatan pegawai perubatan?
A: Kementerian Kesihatan memohon semua pihak supaya tidak membuat sebarang kesimpulan awal dan memberi ruang kepada kelancaran proses penempatan yang masih berlangsung. - Q: Bilakah proses lapor diri bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 lantikan tetap Fasa 2/2026 bermula?
A: Proses lapor diri bermula pada 28 September 2026.