MELAKA: Kegiatan seorang wanita yang mengusahakan klinik gigi haram sejak dua tahun lalu berjaya dibongkarkan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu operasi di sebuah premis di Pandan Malim, di sini, pada petang Rabu.
Serbuan jam 2 hingga 7 petang itu telah menahan wanita berusia 23 tahun bersama dua pekerjanya yang lain juga berusia 20-an dalam sebuah pusat kecantikan.
Ketua Operasi, Dr. Rosnah Atan berkata, berdasarkan pemeriksaan rekod daftar pelanggan, klinik gigi haram itu dipercayai beroperasi hampir dua tahun dan mengaburi kegiatan mereka dengan menyewa premis di tingkat dua bangunan kedai.
Menurutnya, hasil soal siasat wanita itu mengaku memberikan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi kepada orang ramai dengan hanya menggunakan pengalaman dipelajarinya selama tujuh hari di China.
"Mereka turut menjalankan beberapa perkhidmatan lain termasuk rawatan muka menggunakan mesin serta peralatan yang hanya boleh dikendalikan oleh doktor bertauliah,” katanya kepada pemberita.
Jelas beliau, klinik gigi haram itu menggunakan laman sosial Instagram untuk menarik pelanggan selain menawarkan pemasangan pendakap gigi pada harga sekitar RM1,200 sehingga RM1,500 bagi bahagian gigi atas dan bawah jauh lebih murah dari harga klinik berdaftar.
"Pelanggan yang berminat pula akan membuat janji temu terlebih dahulu di Instagram sebelum datang mendapatkan rawatan di premis itu," katanya lagi.
Kesemua barangan di dalam premis dirampas dan kes disiasat di bawah Seksyen 62 dan Akta 804 Akta Pergigian 2018 iaitu larangan menjalankan amalan pergigian oleh seseorang yang tidak didaftarkan di bawah Akta 804.
Sementara itu, wanita terbabit yang telah berkahwin berkata, dia sebenarnya tidak mengetahui bahawa perkhidmatan itu hanya boleh ditawarkan di klinik pergigian berdaftar setelah mendapatkan nasihat daripada pakar Ortodontik. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 20 2022
Dua penguat kuasa KKM memeriksa peralatan yang digunakan oleh Klinik gigi haram itu. - Foto Sinar Harian
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
KKM bongkar klinik gigi haram di Melaka
Wanita itu mengaku memberikan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi dengan hanya menggunakan pengalaman dipelajari selama 7 hari di China.