SEMPORNA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan semula Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) secara percuma untuk tempoh lima hari bermula 20 hingga 24 Jun ini.
Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pihaknya akan membuka semua klinik kesihatan di seluruh negara untuk memberikan suntikan vaksin percuma kepada kanak-kanak yang terlepas PICKids yang lalu.
Katanya, KKM mengambil inisaitif itu bagi memberikan peluang kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka menerima suntikan vaksin secara percuma.
“KKM membuka peluang itu selama lima hari untuk ibu bapa yang baharu membuat keputusan supaya melakukannya dengan segera.
“Kita tahu ada ibu bapa yang sebelum ini mengambil keputusan ‘tunggu dan lihat’, jadi inilah peluang supaya mereka melakukannya selama lima hari,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media sempena Majlis Sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2022, di sini pada Khamis.
Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Rose Nani Mudin.
Menurutnya lagi, ibu bapa tidak perlu lagi rasa ragu kerana PICKids adalah selamat untuk kanak-kanak dan membantu kejayaan penurunan kes susulan pengambilan vaksin COVID-19.
Noor Azmi berkata KKM juga mempunyai cukup vaksin jenis Pfizer-BioNTech dan Sinovac untuk diberikan kepada kanak-kanak di seluruh negara.
“Setakat ini hanya 1.7 juta daripada hampir 4 juta kanak-kanak sudah menerima vaksin dan masih ramai lagi ibu bapa yang belum membawa anak mereka mendapatkan vaksin.
“Justeru, ibu bapa disaran untuk membawa anak mereka menerima vaksin secara percuma tanpa janji temu di klinik-klinik kesihatan berdekatan,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, Malaysia adalah antara negara yang terbaik dalam menjalankan program vaksinasi dan kesiapsiagaan hospital menerima pesakit COVID-19.
“Sehingga kini, pencapaian vaksinasi negara untuk golongan dewasa menghampiri 99 peratus, remaja 98 peratus dan dos pertama kanak-kanak 58 peratus.
“Kes jangkitan kemasukan ke hospital, penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kematian akibat COVID-19 juga semakin berkurangan,” katanya.
Terdahulu, tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama PICKids secara percuma berakhir 31 Mei lalu dan kanak-kanak yang mahu disuntik selepas itu perlu mendapatkannya secara berbayar di pusa-pusat perubatan swasta.
Petrus Bernard
Thu Jun 16 2022
Dr Noor Azmi (dua, kanan) sewaktu perasmian Majlis Sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2022, di Semporna pada Khamis. - Foto Astro AWANI
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Lapangan terbang baharu dapat atasi isu tiket mahal
Cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya langkah jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Tumpuan Ahad – 19 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan di Bidor
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, Perak kira-kira jam 7.20 malam Sabtu.
397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids
Kempen khusus PICKids dibuka semula bagi tempoh lima hari dari 20 hingga 24 Jun sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan.
PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai esok.
KKM buka semula PICKids percuma 20-24 Jun ini - Dr Noor Azmi
KKM akan membuka semua klinik kesihatan di seluruh negara untuk memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak yang terlepas PICKids yang lalu.
Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,223,569 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,201,196 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,191,976 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin.
PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma
Kanak-kanak di Sabah yang berusia 5 tahun selepas 31 Mei 2022 masih boleh mendapatkan vaksin percuma di klinik kesihatan atau klinik swasta.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,171,888 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.
Vaksin COVID-19: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,166,385 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.